TUNGGU TUNGGU DAN TUNGGULAH

Setelah duduk bebebera saat dengan Mustapha Mat Arop, Presiden MAYC Kebangsaan  yang telah diistiharkan tidak sah ada tiga perkara yang amat jelas kepada saya. Pertama Mustapha bertekad untuk mempertahankan dudukannya sebagai Presiden MAYC kerana mempunyai agendanya sendiri.

Kedua beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mempastikan kedudukan beliau tidak tercabar. Ini termasuklah menyaman ROY kerana telah membuat keputusan yang tidak betul. Panel Pertikaian juga akan membuat keputusan yang memihak kepadanya. Beliau mempunyai alasan-alasan yang kukuh dalam hal ini.

Ketiga harta MAYC di Wisma Belia dan Wisma Tunku masih utuh dan tidak boleh digugat oleh sesiapa pun. Sekiranya harta itu hendak dijual oleh Danaharta, ianya perlu mendapat persetujuan daripada MAYC. Berita-berita mengenai harta ini sudah dijual adalah tidak benar.

Soalnya sekarang siapa atau pihak manakah yang sah dalam MAYC. Sementara menunggu keputusan dari Panel Pertikaian banyak perkara-perkara yang diluar batas undang sedang dilakukan oleh kedua belah pihak. Bukan kah elok dibiarkan sahaja Panel tersebut membuat keputusan sehingga jentera pergerakan MAYC itu punah begitu sahaja.

2 Responses

  1. Tuan dan Para Veteran Pembaca yang Dihormati Sekelian,

    Dari maklumat yang dibaca pada posting ini mahupun sebelumnya, tiada perkara baru dipelajari oleh generasi baru MAYC pimpinan jawatankuasa saya. Malah, fitnah yang terkini dihamburkan secara liberal ke atas YB Suraya Yaacob pun sekadar mengesahkan lagi bahawa Sdr Mustafa bergerak dibawah arahan Tn Syed Rahman dan naungan TS Syed Hamid.

    Sdr Mustafa Mat Arof telah hilang haluan dan malangnya telah membawa hanyut sekali YB Norol dan begitu ramai kumpulan yang dahulunya menjadi harapan seperti Sdr Azman Abdullah dsb. YB Norol yang aktifnya di MAYC pun kerana pengaruh TS Sanusi dan kemudian hilang dilontar ketepi lari ke GPMS hasil kerenah TS Syed Hamid kini diheret ke jerat dosa oleh Mustafa.

    Kami mengetahui semua ini setelah 2 tahun dalam kawah peperangan dengan anasir2 dan juak2 Tuan Syed Rahman. Akhirnya, barisan yang berniat jahat terhadap MAYC cuma jelas sejak 1 tahun lepas, termasuklah Sdr Mustafa – mereka juga jelas akhirnya dinaungi TS Syed Hamid secara langsung! Yang peliknya, YB Suraya jelas ikhlas mahu mengembalikan kegemilangan MAYC!

    Tetapi ini semua bukan hal individu, ini hal MAYC. Saya tidak berminat berbincang lama tentang Mustafa atau pihak di sebelahnya kerana diajar Tn Hj Taib sendiri untuk mengenepikan mereka sebagai tidak relevan. Sepanjang perjuangan ini, kami bukan sahaja menghadapi team Mustafa, tetapi juga team TS Syed Hamid dan para penyokongnya, seperti KSU KBS sendiri!

    Team saya telah bertekad untuk membawa perjuangan ini ke peringkat akhir kerana sekiranya kami kalah, maka terkuburlah MAYC yang asli perjuangannya untuk Belia, dan yang tinggal hanyalah bayang-bayang untuk menunggang harta warisan pejuang Belia dahulu, termasuklah hasil perahan peluh Tun Dr Mahathir sendiri untuk generasi-generasi MAYC zaman ke zaman.

    Generasi MAYC pimpinan saya tidak menunggu tetapi masih bergerak. Saya harap pihak veteran tetap bergerak sama dengan kami, berusaha memusnahkan ancaman berterusan kepada MAYC yang kini bertopengkan ‘kawan lama’ berbentuk Mustafa Mat Arof, YB Norol, dsb.

  2. Ini harus diambil iktibar oleh semua yang ingin menyelamatkan MAYC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: