BERSAMA MUSTAPHA MAT AROP

Ketika saya bersama YB Norol Azali Sulaiman Sulaiman, ADUN Guai merangkap Pengerusi Majlis Belia Pahang malam tadi di Bangi Kopitiam, Setiawangsa untuk membincangkan hal-hal MARA, muncul Mustapha Mat Arop, pemimpin MAYC yang senasib dengan Akramsyah Sanusi.

Kesempatan itu saya ambil untuk berbincang dengan beliau tentang permasaalah di MAYC terutama sekali dengan keputusan yang telah diambil oleh ROY. Beliau berkata pihaknya telah mengambil tindakan undang-undang untuk mengistiharkan beliau sah sebagai Presiden MAYC. Kes rayuan di Panel Pertikaian di KBS dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Beliau sendiri telah berusaha untuk mempastikan keputusan diambil segera untuk menyelamatkan MAYC.

Ditanya tentang punca permasaalahan ini Mustapha berkata bahwa ada dua sebab utama. Pertamanya YB Soraya tidak menjalankan tugasnya untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC  sungguhpun kuasa kepimpinan telah pun diserahkan kepadanya beberapa tahun sebelum ini.

Keduanya, peralihan dari pendaftaran dengan ROS ke ROY telah melibatkan pentadbiran kelab yang begitu mencabar. Ada kalanya tidak mungkin sama sekali kerana banyak kelab-kelab yang sudah tidak aktib lagi.

Katanya, aset MAYC tetap dalam tangan MAYC kerana Danaharta tidak akan dapat menjualnya sekiranya tidak mendapat restu dari MAYC Kebangsaan. Tidak benar, tambahnya sudah ada pihak-pihak yang sudah menjualnya. Wisma Belia dan Wisma Tunku adalah tetap milik MAYC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: