Bagi kita yang sudah veteran ini menggunakan komputer merupakan satu phobia yang amat merugikan. Kita masih lagi mahu kekedai membeli surat khabar untuk membaca berita dan menulis surat diatas kertas untuk berhubung dengan seorang teman diluar kota.
Semua ini tidak lagi diamalkan oleh generasi baru. Malah kita boleh belajar dari mereka tentang cara hidup yang baru ini. Tak perlu lagi kita berjalan jauh untuk mendapatkan surat khabar dan ke pejabat pos untuk membeli setem dan menghantar surat.
Semua ini sudah dapat dilakukan dengan lebih efisien lagi dengan hanya mengunakan sebuah laptop atau dengan apa jenis PC sekali pun.
Tanpa perlu berpakaian cantik untuk ke kedai atau ke pejabat pos, kita hanya perlu duduk di meja menulis dan lakukan kedua kegiatan kita dengan isteri-isteri kita tak perlu bimbang kalau kita mendapat kecelakaan jalan raya atau melencong ke mana-mana.
Menggunakan media baru kita boleh membaca akhbar secara online, membuat keritikan dimana-mana blog, menulis email kepada kawan-kawan yang seangkatan dengan kita dan seribu satu hal lain dapat kita lakukan melalui internet.
Cubalah hari ini, anda akan teruja.
Filed under: Uncategorized |
Leave a Reply