BEKAS PRESIDEN BERSEDIA BERBINCANG DENGAN KEDUA PIHAK

Dato Syed Ahmad Idid, bekas Presiden MAYC Kebangsaan bersedia menerima kedua belah pihak yang bertelagah dalam kepimpinan MAYC untuk berbincang dan mencari  jalan penyelesaian.

Beliau berkata demikian ketika makan tengah hari bersama Setiausaha KVMM Taib Wahab semalam. Katanya, amat penting perkara ini dapat diselesaikan dengan segera untuk menggelakkan pergerakan MAYC menjadi lumpuh.

Apabila kedua belah pihak sudah bersepakat maka bolehlah dianjurkan satu mesyuarat agung untuk memilih Jawatankuasa Kebangsaan yang sah, yang mewakili kedua kelompok dan mampu membangunkan semula MAYC sebelum ianya terus dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

MAYC yang cemerlang merupakan gagasan beliau sewaktu menjadi Presiden pada tahun 1970 – 72 dan pada waktu itu bilangan kelab-kelab yang bergabung dengan MAYC sudah mencecah 400 buah kelab. Ahli-ahlinya terdiri daripada belia-belia yang amat cergas dalam berbagai-bagai bidang terutama sekali khidmat masyarakat.

Perjumpaan ini boleh diadakan pada minggu depan dan beliau boleh dihubungi di nombor :  012-2921133

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: