Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah?

oleh Zaini Hassan

MINGGU lalu saya menulis mengenai kuasa media melalui estet keempat – the fourth estate – dalam struktur pemerintahan negara. Saya menulis, media ialah kuasa. Estet keempat itu berada dalam doktrin kekuasaan bersama-sama estet pertama, eksekutif (perdana menteri dan menteri-menteri); estet kedua, legislatif (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN); dan estet ketiga, judisial (badan kehakiman).

Hanya orang yang bijak sahaja yang akan menghargai peranan media – tidak kiralah sama ada media itu menyebelahi dirinya atau pun tidak. Pas, dalam tahun-tahun 80-an dulu paling gemar membakar akhbar Utusan Malaysia apabila tidak bersetuju dengan tulisan akhbar itu. Sambil membakar mereka akan menjerit-jerit dan memaki hamun akhbar yang diasaskan pada 1939 itu. Itu dulu. Pas dan para pemimpinnya kini sudah mula membaca Utusan Malaysia kembali. DAP pula memboikot akhbar itu sampai ke hari ini apabila ia cuba mempersoalkan dasar parti itu, terutama ke atas orang-orang Melayu. (Nota: Yang lucunya para pemimpin DAP tetap membaca Utusan Malaysia secara senyap-senyap. Untuk rekod, Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw masih baca akhbar jawi terbitan Kumpulan Utusan).

Hari ini, mereka tidak lagi membakar akhbar. Membakar akhbar adalah perbuatan kuno. Mereka kini menggunakan laman-laman blog melancarkan perang saraf ke atas akhbar-akhbar arus perdana (MSM). Istilah MSM dipopularkan oleh laman-laman blog yang rata-rata antikerajaan bagi mengapi-apikan masyarakat supaya memboikot MSM.

Seperti juga taktik parti pembangkang, matlamat mereka ialah untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada MSM kepada medium baru mereka itu. Mereka mahukan perhatian. Perhatian ialah kuasa. Ramai golongan muda yang terpengaruh, sudah termakan dengan taktik itu.

Kolum saya minggu lalu itu bertajuk Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah? telah dipetik oleh laman blog The Malaysian Insider dalam ruangan Breaking Views. Kerana ia adalah laman maya, maka adalah orang yang menghantar secara pantas komen mengenai tulisan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: