KELUHAN SEORANG PEMIMPIN (6)

( Ucapan Penangguhan Tan Sri Sanusi Junid diMesyuarat Agung Tahunan MAYC ke-32, 1986. )

Saudara Taib Wahab telah mengendalikan mesyuarat agung dengan begitu baik. Saudara Taib dengan tabah dapat terus membantu kita mengendalikan majlis ini. Saya juga ucapkan tahniah kepada koir MAYC. KOIR MAYC HEBAT Waktu koir sedang bersenandung pagi tadi, saya berbisik kepada Y. A. B. Perdana Menteri, saya tanya pendapat beliau tentang kemampuan koir kita itu, adakah setara hebatnya dengan koir di rumah Naib Presiden Amerika Syarikat sewaktu lawatan beliau ke Amerika Syarikat dahulu. Beliau bersetuju, sama hebat.

Menyentuh tentang usul untuk mewujudkan satu lagi pertubuhan belia Hindu di peringkat nasional yang mungkin bertujuan untuk meluputkan separuh daripada pemimpin yang tidak disenangi pihak tertentu, akan ditentang habis-habisan. Saya bercakap sebagai Presiden MAYC, bukan sebagai Menteri.

Saya juga mengucapkan syukur kepada Allah kerana Romantika Satu selesai. Kita ada romantika dua, romantika tiga dan Johor menyarankan romantika empat. Saya tidak mahu campur tangan dalam romantika empat kerana saya tidak pasti tentang tujuan romantika empat itu adakah ia akan menguntungkan ahli MAYC ataupun sebaliknya. Saya mengambil kesempatan ini untuk membetulkan sedikit fakta mengenai pertandingan saya sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984.

Sebenarnya dalam hidup saya, saya tidak pernah merebut jawatan untuk melakukan sesuatu kerja, saya biasanya bekerja dahulu dan memikirkan jawatan kemudian. BERTANDING Dalam bank, saya sempurnakan kerja dahulu, kemudian saya perolehi jawatan. Begitu juga apabila saya bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1974, saya tidak meminta untuk menjadi calon. Cerita bagaimana saya menjadi calon begini. Tun Razak ada menghubungi saya meminta saya memujuk PAS menyertai Barisan Nasional. Pada waktu itu lebih kurang 22,000 orang ahli PAS meminjam wang di Chartered Bank melalui saya, dan mereka semua dari Kedah. Oleh sebab PAS di Kedah waktu itu dipimpin oleh Abu Bakar Osman yang tidak mahu menyertai Barisan Nasional, maka Tun Razak menggunakan saya bagi menghubungi PAS untuk mendesak PAS Kedah menyertai Barisan. Ini telah saya jayakan dan itulah sebabnya saya bertanding pada tahun 1974.

Sebenarnya pada tahun 1974 saya tidak mahu bertanding. Saya sudah tahu saya akan menjadi Setiausaha Agung UMNO sebelum pertandingan, kerana Presiden telah menyatakan selepas pertandingan ini saya jadi Setausaha Agung. Apabila saya menyatakan saya tidak mahu menjadi Naib Presiden beliau setuju saya tidak bertanding, tetapi kerana pencalonan naib Presiden terlalu banyak maka pada waktu itu, Presiden memanggil saya. Lebih baik bertanding, cuba sahaja, dan saya mencuba dan saya beritahu pasti kalah. Akhirnya sayapun kalah dan saya tidak sedih atas kekalahan ini, dan tidak tersinggung. Cuma saya terkilan sedikit kerana banyak cerita ataupun fitnah dilemparkan waktu saya menghadapi pertandingan.

Ada orang yang saya tolong telahpun menjadi wira. Saya ikut berkempen menaikkan seseorang, tetapi budi saya itu dibalas dengan tuba. Ada yang sampai memanggil saya petualang. Kata mereka, “Kalau hendak berhenti, berhentilah, jangan cakap banyak”. Walau bagaimanapun tidak mengapalah. Sudah menjadi resam dunia begitu. Kita beralih kepada perkara lain. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada MAYC Negeri Johor kerana buat pertama kalinya mula dilambung gelombang dahsyat ini. Barangkali MAYC Johor dahulupun tidak kenal pahit dan getir perjuangan.

Sewaktu MAYC Selangor menghadapi tekanan politik, MAYC Johor sebaliknya mendapat sokongan politik. Sewaktu MAYC Melaka menghadapi tekanan politik, MAYC di tempat lain pula beristirehat. Sekarang giliran Johor pula menghadapi tekanan, semoga saudara menjadi lebih dewasa selepas mengharung gelombang lautan yang dalam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: