KELUHAN SEORANG PEMIMPIN (5)

( Petikan ucapan Tan Sri Sanusi Junid diPerasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-33, 1987.)

Dalam lawatan saya ke negeri-negeri dan dalam kursus-kursus MAYC, saya selalu mengingatkan hakikat bahwa pergolakan yang berlaku dalam sejarah adalah disebabkan tiga perkara yang begitu ketara.

Pertama; wujudnya di dalam dunia ini manusia-manusia bernafsu besar.

Kerana nafsu begitu besar maka usaha memuaskan nafsu sentiasa tidak mengenal erti puas, maka manusia menjadi punca berlakunya huru-hara.

Saya ingin mengingatkan saudara mengenai tokoh seperti Julius Caesar yang begitu ghairah, begitu bernafsu dan nafsunya yang besar ialah terhadap Celopatra.
Julius Caesar menjadi punca masalah, darah mengalir di merata-rata tempat, anak menjadi yatim, isteri kehilangan suami, kerana Caesar tidak puas kecuali ia sudah menakluki dunia ataupun telah menakluki negara-negara lain.
Kemudian kita melihat bagaimana Napoleon menjadi sebab berlakunya pergolakan di Eropah. Napoleon juga seorang yang bernafsu besar, yang mempunyai kekasih bernama Josephine. Tentang kisah Napoleon dan Josephine pemimpin-pemimpin MAYC di seluruh negara tentunya telah sedia maklum.
Tokoh sejarah yang lebih dekat kepada kita ialah Hitler. Hitler dengan Eva Braun telah menyebabkan berjuta-juta rakyat Eropah terkorban dalam Perang Dunia Kedua.
Justeru, berdasarkan hakikat sejarah, kita membuat kesimpulan bahawa pergolakan di dunia adalah angkara manusia yang bernafsu besar dan rakus.

Nafsu adalah salah satu punca masalah, begitu kata seorang ahli fikir Sigmund Freud dalam bukunya. Selain nafsu, harta juga menjadi punca masalah, sehingga pengasas fahaman Komunis, Karl Marx menyatakan apabila yang kaya terus kaya, dan terus menidas, yang papa terus papa, maka pada waktu itu wujudlah di dalam negara satu jurang perbezaan yang luas lagi bertentangan antara dua golongan manusia, iaitu yang kaya dan yang miskin.
Maka usaha untuk menghapuskan atau meleburkan pertentangan itu akan membawa negara kepada satu revolusi berdarah yang akhirnya hilanglah yang kaya dan yang papa kerana semuanya menjadi susah.

Manusia yang mencapai kekayaan yang begitu besar dan hebat biasanya akan lupa asal-usul mereka, tidak ingat lagi kepada mereka yang kurang berada dan malah, kadangkala menggunakan harta untuk memuaskan nafsu.
Faktor ketiga yang mencetuskan pergolakan ialah kuasa. Mengenai kuasa ini Bertrand Russel dengan jelas menyatakan:

“Bukan nafsu, bukan harta, tetapi kuasalah yang menyebabkan berlakunya pergolakan dalam masyarakat”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: