KELUHAN SEORANG PEMIMPIN (3)

Berikut adalah petikan ucapan penangguhan Tan Sri Sanusi Junid diMesyuarat Agung Tahunan MAYC ke-35 1989:

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Pengerusi Mesyuarat yang telah mengendalikan mesyuarat begitu baik. Perkara yang kedua yang ingin saya jelaskan ialah mengenai diri saya.

DISIPLIN HIDUP

Oleh sebab saya telah mengidap penyakit jantung, maka saya terpaksa hidup dengan cara yang lebih disiplin, makan ubat, saya perlu patuh kepada nasihat doktor mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh saya lakukan.

Kebetulan saya ada satu masalah. Saya biasanya tidak boleh tidur malam sebelum saya membaca buku sekurang-kurangnya sejam. Pada malam tadi saya balik dari sini pukul dua pagi. Apabila saya sampai di rumah, saya makan ubat yang namanya “Persintin Aisodil Aisosobite”. Ubat ini, menurut doktor, tidak boleh dimakan kecuali setelah enam jam berlalu.

Justeru, dari pukul dua pagi saya baca buku setelah makan ubat sampai pukul tiga pagi baru saya tidur. Bangun pukul 5.30 untuk mengerjakan sembahyang subuh, kemudian saya rehat semula. Oleh sebab ubat terakhir yang saya makan pada pukul dua pagi, maka saya terpaksa lewat datang ke sini.

Aisosobite dengan Diatosin saya terpaksa makan satu jam setelah selesai makan Persentin dan sebelum saya makan Aisosobite dan Diatosin saya perlu bersarapan terlebih dahulu. Ini bermakna pukul 8.00 saya sekali lagi perlu bersarapan dan setelah pukul 9.00, setelah selesai makan ubat barulah saya boleh turun ke sini, kerana selepas makan ubat, saya terpaksa melompat 5-6 minit menurut pesanan doktor. Itulah sebabnya saya sampai lewat sedikit.

Namun begitu, saya tidak pernah menahan Mesyuarat Agung daripada dimulakan tepat pada masanya, malah malam tadi pun saya datang sebelum mesytuarat agung berlangsung, tetapi oleh sebab perwakilan belum masuk ke dalam dewan, saya terpaksa menunggu di luar sehingga semua perwakilan masuk.

Oleh sebab itu saya berharap mendapat persepahaman daripada saudara supaya jangan ada ahli-ahli MAYC nanti apabila lambat kerana hendak ikut cara Presiden. Kalau hendak ikut cara Presiden, saudara perlulah melalui proses pembedahan jantung dulu, barulah sempurna ikut cara Presiden.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: