KELUHAN SEORANG PEMIMPIN (2)

Sejak menjadi Presiden MAYC pada tahun 1975, Tan Sri Sanusi Junid amat menekankan “spiritualism” dalam pergerakan belia supaya semua kegiatan belia terutama sekali tidak berlandaskan materialism semata-mata.

Ideologi MENJARO adalah satu gagasan yang diharap akan membawa pergerakan kita kearah pembangunan mental yang kental disamping mengukuhkan aspek kerohanian dikalagan ahli MAYC.  Perkara ini tidak dapat tercapai dalam masa yang sengkat tetapi ianya harus bermula disatu perengkat yang sesuai.

Seluruh pengucapan Tan Sri Sanusi ketika bersama ahli MAYC adalah untuk menyampaikan ide gagasan ini supaya ianya dapat dihayati oleh semua ahli dan teman seperjuangan mereka.

Malangnya konsep ini tidak dilanjutkan apabila beliau melepaskan jawatannya sebagai Presiden MAYC. Disebaliknya pimpinan yang mengambil alih hanya memikirkan bagaimana mereka boleh mendapat manfaat dari harta MAYC. Oleh kerana itulah kita percaya Wisma Belia dan Wisma Tunku sudah dijual dengan cara yang amat tidak bertanggung jawab sekali.

Pemimpin MAYC ( usia melebihi 40 tahun ) dibayar elaun RM5,000 sebulan sebagai Setiausaha Agung dan RM5,000 sebagai Pengurus Besar Wisma Belia. Kedua mereka ini jarang-jarang ada di Wisma Belia untuk menguruskan Wisma Belia dan sekretariat MAYC. Seorang di Kuala Trengganu atau Putrajaya dan seorang lagi di Melaka.

Perkara saperti ini tidak pernah berlaku pada masa-masa dahulu kerana sejak  Wisma Tunku didirikan hutang MAYC meningkat ke tahap RM 27 juta. Sudah sepatutnyalah segala hasil yang diperolihi MAYC harus di gunakan untuk membayar hutang kepada bank.

( Rencana ini bersambung esok )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: