KELUHAN SEORANG PEMIMPIN

[Sanusi+Junid.jpg]Siapa kata banyak berfikir tidak mengganggu kesihatan? Lebih-lebih lagi memikirkan tentang masa depan MAYC.

Bagi Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia,Tan Sri Sanusi Junid, memikirkan tentang pergolakan MAYC dan Wisma Belia sekarang sudah membuat dia mendapat gangguan jantung yang amat berat sehingga terpaksa menjalani operasi angioplasty sebanyak 10 kali.

Sekembalinya dari Jakarta minggu lalu beliau merasakan amat perlu berehat di SJMC dan untuk dipereksa. Ternyata sekali keputusan ini amat baik sekali kerana Allah swt telah mengaturkan supaya beliau mendapat rawatan susulan.

Sewaktu saya dan Datuk Yusoff Hamid melawatnya di kamar CCU beliau ternyata tidak dapat mengeluarkan suaranya saperti biasa. Malah terpaksa berbisek-bisek dengan kami saperti mahu menceritakan sesuatu rahsia.

Walau bagaimana pun beliau tetap menggagahkan diri untuk hadir di mesyuarat agung tahunan kita pada Ahad 13hb. Februari lalu di Jeumpa d Ramo, Bangsar, Kuala Lumpur.

Syukur alhamdullilah semuanya selamat. Dengan kehadiran ramai ahli veteran dan exco MAYC Kebangsaan sebagai pemerhati, beliau bersemangat memberi kata-kata perangsang untuk kita  terus berkhidmat untuk MAYC dan Negara. Yang penting sekali bagi beliau ialah kita teruskan berusaha untuk menghidup MAYC dan menyelamatkan Wisma Belia dan Wisma Tunku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: