27 FEBRUARI – TARIKH PENTING

Bekas Presiden MAYC dan sekarang ini Presiden Kelab Veteran MAYC, Tan Sri Sanusi Junid telah bersetuju untuk hadir dan mempengerusikan perjumpaan ahli-ahli MAYC yang baru dan yang lama pada Ahad 27hb Februari ini jam 10.00 pagi di Kelab DiRaja Selangor, Kuala Lumpur.

Perjumpaan yang akan mencari jalan penyelesaian bagi kemelut yang melanda MAYC sekarang ini. Ianya juga akan merangka “action plan” yang boleh diambil untuk mempastikan jalan terbaik bagi menyelamatkan MAYC yang sudah berusia lebih 50 tahun. Seramai 60 orang wira MAYC dijangka akan hadir untuk mengambil bahagian.

Tindak tanduk Kementerian Belia dan Sukan sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan bahwa ada usaha untuk menghancurkan MAYC dengan apa cara jua dari dalam dan luar.

Maka amat penting bagi semua yang terlibat terutama sekali Pengerusi/Setiausaha Negeri MAYC hadir dan mengambil bahagian dalam perjumpaan ini.

Usaha ini dirasakan akan dapat menyelamatkan MAYC daripada dalam keadaan terumbang ambing disebabkan sikap dan tindakan Kementerian yang ” flip-flop” dalam hal ini.Tugas Kementerian adalah untuk membangunkan belia dan bukan disebaliknya.

Marilah kita beramai-ramai mengambil langkah untuk menyelamatkan MAYC.

HIDUP MAYC !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: