HEBATNYA TUN DR MAHATHIR

Selesai meresmikan penerbitan GLOBALIA, sebuah majallah Islam di Oditorium Muzium Seni Islam, Kuala Lumpur semalam, Tun Mahathir telah menjawab beberapa soalan dari hadirin yang berjumlah 200 orang itu.

Antara soalan tersebut ialah mengenai pendapat Tun tentang pandangan Lee Kuan Yew yang mengatakan bahwa ugama-ugama didunia ini boleh diintegrasikan. Tun telah menjawab dengan bersahaja bahwa Lee Kuan Yew lebih tua dari beliau 3 tahun dan apabila Tun sampai keumur tersebut beliau juga mungkin nyanyok.

Bila ditanya pendapat Tun tentang Presiden Hosni Mubarak, beliau berkata bahwa Mubarak telah memerintah Mesir selama 33 tahun dan beliau sendiri telah bersara selepas menjadi PM selama 22 tahun, kalau tidak beliau sendiri akan diminta untuk meletakkan jawatan. Pemimpin yang baik adalah seorang yang tahu bila masanya untuk bersara.

Terdahulu dari itu Tun Dr Mahathir telah memberi ucapan mengenai pelajaran yang boleh diperolehi Europah dari negara-negara Asia dan telah menyentuh berbagai isu termasuk ugama dan ekonomi.

Berdasarkan dari pengalaman beliau selama menjadi Perdana Menteri Malaysia negara-negara Europah boleh belajar dari kita tentang bagaimana hidup berbilang kaum dan ugama. Kita di Asia tidak lagi perlu tunduk kepada mana-mana kuasa besar dari Barat kerana kita sudah mempunyai kemampuan sendiri dalam semua bidang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: