MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN BELIA

oleh Datuk Sheikh Badar Sheikh Embong

PEMBANGUNAN belia ke arah gaya hidup positif dapat ditakrifkan sebagai satu proses untuk menyediakan golongan muda dan remaja menghadapi cabaran keremajaan dan kedewasaan melalui aktiviti yang diselaraskan kerajaan bagi mencapai satu tahap keupayaan sosial, moral, emosi, fizikal dan mental yang seimbang.

Memperkasa generasi belia negara memerlukan sokongan semua pihak ke arah membabitkan diri dalam aktiviti positif yang dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan dan keupayaan dalam kepemimpinan, gaya hidup, mencungkil bakat, potensi diri dan kebolehan yang ada pada seseorang belia atau remaja.
Kajian menunjukkan ada kira-kira 11.6 juta belia di Malaysia tetapi yang mendaftar dengan pertubuhan belia hanya sepuluh peratus iaitu kira-kira sejuta orang dan pihak kementerian serta pertubuhan belia wajar menarik lebih ramai golongan ini untuk menyertai persatuan dan mengikuti program yang dijalankan.

Ini menyebabkan belia yang tidak mendaftar dengan pertubuhan menyukarkan mereka mengikuti pelbagai program anjuran kementerian berikutan kebanyakan mereka tidak tahu aktiviti yang diadakan. Mereka ini golongan terpinggir yang tidak harus dibiarkan tanpa hala tuju.
Adalah disarankan, bekas ahli Rakan Muda dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah melepasi had umur menyertai pertubuhan dan pergerakan yang menjadi perintis kepada pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan.
Bilangan belia dan remaja di negara ini memang ramai, namun minat kepada kerja sukarela hanya mengikut musim.

 

Apa yang penting minat mendalam mesti disemai di kalangan belia untuk menyertai persatuan mengikut minat masing-masing.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang terbabit dengan persatuan belia adalah berdasarkan minat mendalam yang bermula di peringkat daerah, negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan, tetapi sekarang kebanyakan belia akan bertanya apa yang mereka boleh dapat jika menganggotai sesebuah persatuan belia di negara ini.

Selain itu katanya, ada pemimpin belia kini hanya ingin mencari pengaruh dan sokongan untuk berjaya dalam bidang lain seperti politik dan sanggup membuat atau membiayai aktiviti dijalankan. Setiap aktiviti hanya bermusim yang seharusnya dilakukan sepanjang tahun.
Beliau menyatakan, setiap belia atau remaja yang ingin aktif dalam sesebuah persatuan belia mesti melihatnya dari sudut nilai seni dan kebajikan. Kepemimpinan belia adalah seni melalui kerja sukarela seperti sumbangan khidmat masyarakat. Aktiviti kemasyarakatan banyak membentuk nilai murni dan gaya hidup serta sikap yang baik dalam diri golongan belia.
( Datuk Syeikh Badar pernah memegang jawatan Setiausaha dan Bendahari Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: