ORANG LAMA DALAM MAYC TAK LAGI RELEVAN

‘Orang lama’ dalam Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) diminta memberi kepercayaan dan meletak keyakinan kepada pimpinan muda untuk menerajui persatuan itu kata Mustaffa Mat Arof, Presiden MAYC yang sudah diistiharkan tidak sah, baru-baru ini diPerlis.

Katanya cara dan pendekatan yang dipimpin oleh golongan muda yang berusia bawah 40 tahun mungkin berbeza daripada orang lama.

Beliau percaya situasi seperti itu pernah juga dilalui oleh golongan lama MAYC.

“Kaedah bergerak MAYC sekarang hampir sama seperti orang lama dalam MAYC namun matlamat kita tetap sama dan kita adalah sumber terbaik membantu menggerakkan agenda kerajaan,” katanya.

Saperti kata orang Melayu ” cakap tak serupa bikin”. Mustafa yang sebenarnya adalah penjelmaan dari orang lama yang masih lagi mahu berkuasa dan memerah harta MAYC hingga ke hari ini.

Mustafa juga yang umurnya hampir mencecah 40 tahun sudah sepatutnya menghilang dirinya dari pergerakan MAYC dan membantu Syed Abdul Rahman dalam urusan perniagaannya. Atau memohon untuk mendapat kerja dengan SPAD di bawah Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sehubungan itu, beliau berkata, MAYC memerlukan sokongan dan keyakinan daripada semua pihak di seluruh negara bagi memastikan agenda persatuan berjalan lancar.

Dimajlis tersebut seramai 21 bekas ahli MAYC menerima anugerah Jasa Cemerlang (JC) iaitu 14 orang dari Perlis, Pulau Pinang (5) dan dua orang dari Kedah. Hairan juga kita bagaimana penganugerahan saperti ini dilakukan diluar mesyuarat agung tahunan MAYC saperti yang biasa dilakukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: