BAWA KES KE MAHKAMAH

oleh Haspizi Mohd Zain

Akramsyah Sanusi yang dipilih sebagai Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) pada mesyuarat agung tahunan (AGM) 31 Julai lalu, akan mengemukakan semakan kehakiman berhubung keputusan dibuat Panel Penyelesaian Pertikaian (PPP) menolak rayuan supaya pembatalan AGM berkenaan ditarik balik.

Akramsyah berkata, semakan kehakiman itu dibuat berikutan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dilantik sebagai pengerusi PPP adalah individu yang hadir merasmikan AGM 26 September lalu yang dipengerusikan bekas Presiden, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Katanya, rayuan kepada menteri berhubung perkara itu juga bagi mengatasi kemelut MAYC.

“Kami harap Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) mempercepatkan proses yang kami lakukan selepas ini kerana kami sudah kemukakan rayuan kepada menteri untuk mengesahkan AGM 31 Julai serta menolak keputusan PPP dan ROY.

“Wakil kami juga pernah meminta Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) menarik diri sebagai pengerusi PPP, namun beliau enggan,” katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, kedua-dua kumpulan terbabit mempertikai keputusan AGM berkenaan sehingga ROY mengesahkan dua AGM yang diadakan secara berasingan itu terbatal dan perlu diadakan semula.

Rentetan pembatalan itu, kumpulan Akramsyah meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyekat dana RM200,000 setahun kepada MAYC.
Ditanya saranan ROY supaya jawatankuasa MAYC terdahulu yang dipimpin Syed Hamid mengatur semula AGM bagi memilih kepemimpinan baru, Akramsyah berkata, kumpulannya menolak saranan berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: