- Apa dah jadi dengan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) ???
- Dengar cerita MAYC di haramkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan ROS.. betul ke ???
- Siapa sebenarnya Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) YANG SAH ?????? – Mustafa Mat Arop atau Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi ???
- Kenapa pejabat MAYC di KUNCI ???
- Apa kah MAYC masih RELEVAN bagi golongan BELIA di Malaysia
Dengar podcast interview dengan En Taib Wahab , Setiausaha Agung KELAB VETERAN MAYC
Klik play atau download
Pagi tadi , kami agak terperanjat mengetahui ada satu perhimpunan secara aman yang akan di adakan di perkarangan Wisma Belia untuk memberi peluang kepada semua ahli MAYC untuk bersuara dan menyatakan bantahan terhadap tindak tanduk pihak yang ingin menghancurkan pergerakan satu pertubuhan belia yang sudah lama berjasa kepada golongan belia di Malaysia ..
MAYC adalah antara persatuan belia yang paling lama di Malaysia..lebih lama dari BELIA 4B dan lain lain persatuan .. apa yang menyebabkan persatuan ni menghadapi kemelut yang berpanjangan ini ???
En Ahmad Ansor,selaku setiausaha agung MAYC yang dilantik pada bulan Julai tahun lepas , berkata mereka mengunci pejabat MAYC setelah gagal mendapatkan beberapa dokumen pendaftaran berhubung MAYC . En Ahmad berkata ,”“Kami bercadang mengunci pejabat pendaftaran MAYC bagi mengelakan sebarang penyelewengan”
Sejurus itu , Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi mengadakan PRESS CONFERENCE untuk menjelaskan situasi kemelut MAYC kepada media ..
Soal nya sekarang , siapa yang berhak menjaga bangunan WISMA BELIA ?? ..
WISMA BELIA adalah bangunan yang amat berharga yang terletak di Kuala Lumpur .. Tak silap kami , ada satu perjanjian mengenai bangunan ini antara MAYC dan DANAHARTA dimana MAYC perlu membayar Rm 50,000 sebulan kepada DANAHARTA untuk menguruskan hutang lapuk MAYC .
Adakah pembayaran Rm 50,000 sebulan masih di lakukan semasa pimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar ?? Apa dah jadi dengan perjanjian itu?? Adakah bangunan WISMA BELIA masih tidak DEFAULT ???
Ahli Ahli MAYC ingin sangat mendapat jawapan yang berdokumen dari pemimpin lama MAYC Tan Sri Syed HAmid Albar ..
Banyak lagi soalan soalan yang masih bermain di pemikiran ahli ahli seperti KENAPA TAK ADA AGM selama 5 tahun di bawah Tan Sri Syed Hamid Albar ???
Hanya Tan Sri Syed Hamid Albar saja boleh menjawab soalan soalan ini .. so any comment Tan Sri ??
VIDEO YANG DI RAKAM KAN DALAM PRESS CONFERENCE akan kami upload kan tak lama lagi … so STAY TUNED ..
Filed under: Uncategorized |
Leave a Reply