IBU PEJABAT MAYC DISITA

oleh Adila Razak ( Malaysiakini )

Status Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) kini tergantung berikutan masalah dalaman yang membabitkan beberapa personaliti Umno yang menyaksikan pejabatnya di Wisma Belia di Kuala Lumpur disita.

Menurut Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara, yang dilantik sebagai setiausaha agung pada mesyuarat agung tahunan pada 31 Julai lalu, ini menimbulkan kebimbangan puak-puak yang bertelagah merampas aset serta dokumen milik MAYC.

mayc protest 220111 groups sealing offDalam laporan polisnya di balai Brickfields, semalam, Ahmad Ansor, yang juga ketua MAYC Perak berkata mereka menyita pejabat itu setelaah gagal mendapatkan beberapa dokumen pendaftaran berhubung MAYC Perak.

“Berdasarkan permohonan saya, seorang kakitangan di pejabat (MAYC WismaBelia) berkata bossnya memberi arahan supaya dokumen yang dipohon tidak diserahkan dan fail-fail mengenainya dihantar dengan sebuah lori ke pejabat di PWTC.

“Kami bercadang menyita pejabat pendaftaran MAYC bagi mengelakan sebarang penyelewengan,” katanya.

Berlaku penyelewengan

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Ahmad Ansor menambah urusan surat menyurat di antara sekretariat MAYC dan Pendaftar Persatuan Belia (ROY) menimbulkan kebimbangan berlakunya penyelewengan.

mayc protest 220111 ahmad ansor muhd rivai batubara akhramsyah sanusi azmi ismail“Pada Mei 2009, ROY menghantar makluman kepada sekretariat MAYC bahawa ia menghadapi tindakan ditutup jika tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan seperti yang diarahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

“Dalam jawapannya kepada ROY, sekretariat berkenaan memohon lebih banyak masa dengan alasan mereka sedang memindahkan aset kepada Yayasan MAYC,” katanya hari ini.

Ditanya maklumat mengenai yayasan itu, Akhramsyah Sanusi, yang dilantik presiden pada AGM 31 Julai lalu yang juga adalah anak kepada bekas presiden MAYC dan menteri kabinet, Tan Sri Sanusi Junid berkata: “ Ia suatu misteri… (yayasaan itu) kini ditutup”.

Kejadian hari ini yang disaksikan olerh kira-kira 30 kakitangan MAYC daripada beberapa negeri adalah berikutan deklarasi oleh ROY yang memutuskan kedua-dua AGM yang diadakan oleh kedua-dua pihak bertelagah pada 31 julai dan juga 26 September tahun lalu adalah tidak sah.

mayc protest 220111 groupJemputan untuk AGM kedua diadakan oleh setiausaha agung Syed Rahman Syed Kuning dan dipengerusikan oleh presidennya yang bakal mengundurkan diri yang juga adalah bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar, pada 26 September lalu.

Mustaffa Mat Arop,yang sebahagaian daripada anggota kepimpinan syed hamid dilantik sebagai presiden baru.

Menurut notifikasi ROY, AGM pada 31 Julai itu tidak sah kerana ia tidak dipanggil oleh setiausaha agungnya.

Manakala AGM pada 26 September itu juga tidak sah kerana jemputan tidak dibuat kepada sebahagian besar anggota kelab, laporan kewangan yang tidak lengkap serta pencalonan untuk jawatan hanya dibuka kepada dua negeri berbanding 12 negeri yang menjadi anggotanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: