LAPORAN POLIS

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ibu Pejabat MAYC oleh Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan, Ahmad Ansor Batubara pada 20 Januari 2011 jam 7.00 malam di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

Beliau telah melaporkan bahwa pada 19hb Januari 2011 jam 2.00 petang dia tidak dibenarkan masuk keibu pejabat tersebut untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen penting mengenai kelab-kelab gabungan di Perak. Beberapa orang kakitangan disitu telah memberi tahunya bahwa kesemua fail-fail MAYC telah dipindahkan ke satu tempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Memandangkan bahwa MAYC buat masa ini tidak mempunyai kepimpinan yang sah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kepimpinan lama dibawah Syed Hamid Albar dan kepimpinan yang ditajanya dibawah Mustafa Maarof adalah bersubahat dalam hal ini.

Ini kata laporannya telah melanggar perlembagaan MAYC dan peraturan tetap Pendaftar Pertubuhan Belia saperti yang terkandung dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan menjadi kesalahan dibawah kanun keseksaan.

Beliau memberi tahu polis bahwa pihaknya akan mengambil tindakan susulan untuk menyelamatkan MAYC daripada sebarang masalah pengurusan.

Laporan Polis tersebut bernombor BRICKFIELDS/001022/11 bertarikh 20/01/2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: