MESYUARAT AGUNG MAYC DIBATALKAN ROY

Pada 11hb Januari 2011 telah diadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan pengharaman Mesyuarat Agung Tahunan yang ditaja oleh MAYC Kebangsaan dibawah Tan Sri Syed Hamid dan Syed Abdul Rahman. Dalam satu surat resmi KBS melalui ROY telah didapati diantara yang hadir di mesyuarat agung tersebut adalah murid-murid sekolah yang dibawa masuk oleh calun Presiden Mustafa Maaruf.

Usaha untuk mencukupkan korum bagi mesyuarat agung tersebut telah dapat dibuktikan oleh ROY dengan adanya begitu banyak bantahan terhadap usaha haram Mustafa Maaruf itu. Orang ini kemudiannya dilantik menjadi Presiden menggantikan Syed Hamid Albar.

Disisi undang-undang sesuatu yang haram itu akan mengharamkan seluruh perjalanan mesyuarat  berikutnya. Hanya orang-orang yang terdesak dari JKK Kebangsaan dibawah pimpinan Syed Hamid Albar dan Syed Abdul Rahman yang mampu melakukan apa sahaja untuk menghancurkan MAYC.

Dalam satu sms yang saya terima dari Akramsyah, Presiden dilantik MAYC Kebangsaan berkata ” Malam ini, Presiden pilihan Syed Abdul Rahman dan AJKnya, termasuk di Siak, SUAnya yang baru beberapa bulan mengenal  MAYC mengadakan mesyuarat di Wisma Belia. Suasana panik melanda sejak tiba surat KBS membatalkan AGM tajaan Syed Abdul Rahman. Mungkinkah ada yang tak hadir? Kalau ya, curiga sudah bermula. Mungkin yang duduk selesa di dua AJK disangsi dahulu? Sedarkah Presiden tajaan Syed Abdul Rahman yang beliau terperangkap sekarang. Inilah padahnya bila menyerahkan maruah dan amanah semata-mata untuk merasa dipanggil Presiden…..”

Kelab Veteran amat menggalu-alukan keputusan yang diambil oleh ROY untuk membatalkan mesyuarat agung tajaan Syed Abdul Rahman. Kita tunggu keputusan ROY untuk mengangkat dan menerima mesyuarat agung tahunan di Petaling Jaya yang sah yang telah melantik Akramsyah Sanusi sebagai Presiden MAYC Kebangsaan. Kita harap ROY akan bersikap terbuka dan adil dalam membuat keputusan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: