Belia perlu kuat mental, jasad dan roh

 

Sanusi Junid (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian pelajar sekolah selepas menyampaikan ceramah di SMK Seremban 2, baru-baru ini.

 

 


Sebagai penutup untuk tahun 2010 disiarkan kenyataan Presiden Kelab Veteran pada  17 Nov. lalu di Seremban.  Bekas Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Tan Sri Sanusi Junid menasihatkan pemimpin baru supaya mempunyai kekuatan mental, jasad dan roh.

Katanya, tiga elemen itu merupakan medium paling kuat dalam membentuk jati diri seorang pemimpin dan andainya salah satu berlaku kepincangan, maka kesinambungan kepimpinan itu akan terbantut.

”Mental yang kuat pada jasad yang lemah, kita tidak akan dapat melaksanakan apa-apa.

”Kalau rohani kita rosak, mental kita pun akan rosak juga kerana golongan orang pandai yang jahat ini, cukup bahaya dalam masyarakat,” katanya dalam ucaptama sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2, baru-baru ini.

Dalam ucaptama bertajuk ‘Pengalaman Sebagai Seorang Sukarelawan NGO Belia’ itu, beliau berkata, jika seseorang itu mempunyai jasad yang kuat, tetapi mentalnya pula lemah, manusia tersebut ibarat bercita-cita besar tetapi tidak berkemampuan untuk berfikir.

”Kesimpulannya, apabila kita sudah kuat jasad, mental dan roh, barulah boleh memasuki arena politik dengan baik dan berkesan.

”Manusia yang kuat mental dalam politik, ekonomi dan masyarakat serta bersih rohaninya, terutama dalam memartabatkan perjuangan dapat membantu sesiapa sahaja dengan jayanya,” katanya.

Sanusi yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah pada tahun 1996 hingga 1999 serta pernah menganggotai jemaah menteri memberitahu, generasi yang mempunyai kepimpinan yang hebat mental, kukuh jasad dan terpuji kekuatan rohnya dapat mengembangkan bakat dan usaha memimpin sesiapa sahaja.

Beliau juga berkata, golongan pelajar dan belia hendaklah sentiasa ‘dikejutkan’ daripada mimpi yang enak supaya usaha memajukan diri tidak terbatas.

Malah, katanya, seseorang pemimpin belia juga hendaklah tahan untuk menerima sebarang kritikan.

”Bila kita dikritik, kita menjadi matang. Sepatutnya dalam mana-mana persatuan tidak elok kalau ahlinya berbalah. Penyelesaian terbaik adalah di meja rundingan dan di situlah kita dapat berbincang secara baik,” ujarnya.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: