TABUNG EKONOMI BELIA

Kementerian Belia dan Sukan dikatakan mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Makmal Bidang Ekonomi Utama Kementerian MKEA Industri Sukan bagi menyediakan halatuju dan pelan strategik industri sukan negara dari persepktif sumbangan ekonomi kepada negara yang mana ia merupakan langkah dalam merealisasikan tahun industri sukan 2011.

Demikian dinyatakan oleh Yosri Abu Mahsin, Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Belia Dan Sukan. Dalam aspek belia pula, hanya satu dasar pembangunan belia yang baharu telah disediakan.

Ini dikatakan juga akan menyaksikan beberapa perubahan diwujudkan tidak lama lagi bagi memperkasakan pembangunan golongan tersebut.

Cadangan pembaharuan tersebut terbentuk menerusi perbincangan dengan agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di dalam Makmal Tranformasi Pembangunan Belia yang telah bermula 2 November hingga 10 Disember yang lalu.

Dasar tersebut diwujudkan bagi mempercepatkan pembangunan belia agar seiring dengan pembangunan negara.

Dasar sedia ada ditetapkan oleh orang lama yang relevan kepada keperluan belia pada masa itu maka kini sudah tiba masanya KBS mengatur strategi baru untuk golongan belia masa kini atau lebih dikenali dengan generasi Y.

Menerusi Makmal Tranformasi Pembangunan Belia ini katanya beberapa perkara dapat diketahui seperti perkara yang belia mahukan daripada kerajaan dan bagaimana KBS boleh membantu meningkatkan lagi pembangunan belia di Negara ini.

Makmal Transformasi Pembangunan Belia bertujuan memahami keperluan serta kehendak golongan belia atau generasi Y dan mengenal pasti inisiatif yang berkesan dalam meningkatkan pembangunan golongan belia di negara ini.

Salah satu yang turut diusulkan dalam makmal Transformasi Belia ialah menggalakkan penglibatan belia dalam perniagaan. Untuk itu beberapa kaedah sokongan serta bantuan akan dirangka semula bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan.

KBS katanya lagi, ingin menjelaskan bahawa peranan untuk membantu golongan belia tidaklah menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, pelbagai pihak lain juga adalah diharapkan tampil untuk membantu golongan belia di negara ini.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak KBS untuk membantu golongan belia, suatu ketika dahulu Kementerian melalui Bahagian Pembangunan Belia mempunyai Skim Tabung Ekonomi Belia dengan kerjasama beberapa kementerian lain.

Objektif utama tabung ini adalah bagi membantu golongan belia untuk memulakan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang lain. Tabung yang berkenaan juga bolehlah dilihat seperti bank belia.

Syabas KBS. Kita harap kenyataan ini bukan omong kosong sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: