BANK BELIA TAK RELEVAN

YOSRI ABU MAHSIN Pegawai Perhubungan Awam,Kementerian Belia Dan Sukan berkata baru-baru ini bahwa kementeriannya  akan meneliti cadangan yang diutarakan serta relevannya kerajaan menubuhkan bank belia bagi membantu belia supaya mereka dapat bersaing dan dapat ikut serta dalam Program Tranformasi Ekonomi Negara.

Cadangan ini rasanya ada  sedikit kebodohannya kerana bidang kuasa mengeluarkan lesen perbankan adalah Bank Negara dan bukan mana-mana Kementerian Persekutuan. Biasanya satu-satu cadangan itu diputuskan dipeengkat kabinet.

Memberi jaminan bahwa perkara ini akan dikaji oleh KBS adalah sesuatu yang tidak perlu. Dengan keadaan pasaran kewangan sekarang amat jelas penubuhan bank belia tidak relevan sama sekali.  Bank-bank yang sedia ada dinegara kita sudah banyak membantu  belia untuk mereka dapat bersaing dan dapat ikut serta dalam Program Tranformasi Ekonomi Negara.

KBS  sepatutnya melaksanakan anjakan paradigma yang baharu dalam bidang pembangunan belia pada tahun hadapan (2011) terutama sekali dalam hal adanya dua MAYC Kebangsaan dan tidak hanya tertumpu kepada sukan sahaja.

Pandangan bahwa pembangunan sukan massa dan sukan berprestasi tinggi kini bukan lagi sekadar dilihat sebagai rekreasi atau untuk mendapatkan pingat tetapi bakal menjadi punca pendapatan dan kekayaan kepada rakyat, khususnya golongan belia adalah amat tepat sekali.

Tidak dapat dinafikan bahwa pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak KBS untuk membantu golongan belia, suatu ketika dahulu Kementerian melalui Bahagian Pembangunan Belia mempunyai Skim Tabung Ekonomi Belia dengan kerjasama beberapa kementerian lain.

Objektif utama tabung ini adalah bagi membantu golongan belia untuk memulakan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang lain. Tabung yang berkenaan juga bolehlah dilihat seperti bank belia.

 

One Response

  1. Daripada kita berkisah kepada bank belia atau apa bank sekalipun ,adalah lebih baik kita mendesak kerajaan BN supaya melihat kerakusan serta kebongkakan bank dan syarikat insuran yang sudah tidak lagi menjadikan rakyat melayu atau bukan yang rata-ratanya berpendapatan rendah tetapi menjadikan keuntungan mereka serta memastikan kocek pemegang saham lebih utama. Bank mengenakan syarat yang terlalu ketat sampaikan peniaga bumiputra tidak lagi dapat membuat pinjaman perniagaan dan syarikat insuran pulak mengenakan bayaran premium yang tinggi terutamanya bagi perlindungan insuran kenderaan lebih 10 tahun yang mana majoriti pemilik kenderaan ini berpendapatan rendah dan ramainya melayu.Walaupun kita ingin negara maju tapi janganlah sampai kita jadi seperti rakyat Amerika yang ramai tidor didalam kotak dibawah jambatan serta pihak hospital yang mencampak pesakit ketepi jalan kerana tidak memiliki insuran kesihatan kerana terlalu mahal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: