CENTRELINK AUSTRALIA

Pusat ini menyediakan berbagai kemudahan untuk rakyat Australia. Ianya terdapat disemua bandar utama terutama sekali dikawasan warga emas dan yang sudah bersara.

Pusat ini amat memberi tekanan kepada menyediakan kemudahan bagi warga emas. Dengan hanya berkunjung ke pusat ini semua urusan dengan Kerajaan termasuk membayar beberapa jenis bil dapat dilakukan dengan dibantu oleh pegawai-pegawai yang bertugas.

Pusat ini juga memudahkan kerajaan menyalurkan berbagai bantuan yang diperlukan oleh warga emas termasuk bantuan kesihatan.

Kerajaan Australia amat mengambil berat tentang kebajikan warga emas yang dirasakan sudah banyak menyumbang kepada pembangunan negara semasa mereka berusia muda dan bertenaga.

Warga emas yang berkebolehan dapat berurusan dengan Centrelink melalui internet tanpa perlu datang sendiri ke pusat tersebut.