BERSIAP-SIAP UNTUK USIA SENJA

KITA mungkin tidak prihatin pada nasib warga emas kerana tidak merasakan suatu hari nanti kita juga akan menjadi warga emas.

.

Bukan perkara luar biasa; ada yang memandang sebelah mata kepada warga tua dan mendengus dengan keadaan dan kelemahan mereka kerana menyangka kita tidak mungkin berada di tempat itu. Konon, tidak mungkin kita berwajah kerepot atau memerlukan tongkat untuk berjalan.

Fasilitator Bengkel Sukarelawan Sahabat Warga Emas, Rahimah Rahim, 57, menegaskan masyarakat perlu tahu masalah yang dilalui warga emas bukan hanya kerana mereka mempunyai warga emas untuk dijaga, tetapi juga mempersiapkan diri sendiri apabila menjadi warga emas kelak.

“Jangan terlalu berharap anak-anak akan menjaga kita di hari tua kerana apa saja boleh berlaku yang tidak memungkinkan perkara itu.

“Sama ada orang itu beranak-pinak, tidak berkahwin atau pun tidak mempunyai anak, sama saja kemungkinannya. Kena bersedia untuk menjaga diri sendiri di usia emas nanti,” kata Rahimah yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Usia Mas Malaysia sejak 2009.

Fenomena kini, apabila masuk ke usia tua, rumah orang tualah tempat pengakhir usia sekiranya tiada sesiapa menjaga diri.

“Kami mahu memberi pendedahan supaya warga emas sentiasa produktif. Bagaimana mahu menguruskan diri dan tidak perlu 100 peratus mengharapkan orang, juga terima kenyataan sekiranya anak-anak tidak pedulikan kita.

“Teruskan hidup dengan mendekatkan diri pada Allah dan jangan menjeruk rasa atau bersusah hati mengenang nasib sekiranya anak tidak mahu menjaga kita. Sekiranya mereka hendak menjaga biarlah ikhlas bukan secara paksaan,” katanya.

Rumah penjagaan swasta berbayar mungkin sesuai untuk orang yang mempunyai wang, tetapi bagaimana sekiranya sebaliknya? Bukanlah rumah penjagaan tidak baik kerana ada juga kebaikan seperti daripada segi keselamatan dan ada aktiviti terancang.

One Response

  1. veteran mayc should take lead for this matter??? cos veteran kan???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: