4G INDAH KABAR DARI RUPA

Oleh Syah Ismail

 

Teknologi wireless generasi masa depan telah tiba di Malaysia.

Dalam beberapa hari, YTL akan melancarkan “internet mudah alih terpantas dengan perkhidmatan suara” di Malaysia. Mereka mendakwa bahawa rangkaian “4G” mereka adalah “tiga hingga lima kali lebih pantas berbanding 3G” dan “pertama menawarkan perkhidmatan panggilan suara dengan rangkaian jalur lebar mudah alih”. Semua ini amat memberangsangkan tetapi itu bukan cerita keseluruhannya.

Beberapa bulan lepas, khabar berita tentang pemberian hak untuk spectrum 2.6GHz tersebar. Sembilan syarikat telekomunikasi dianugerahkan dengan teknologi wireless masa depan. Mereka adalah Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile, Asiaspace, Packet One Networks, REDTone International, YTL Communications dan Puncak Semangat.

WiMax baru sahaja diperkenalkan dua tahun lepas pada Ogos 2008. Belum sempat teknologi WiMax berkembang dan teknologi baru diperkenalkan yang akan mengelirukan para pengguna. Pada pendapat saya, WiMax tidak memenuhi potensi sebenarnya di Malaysia. Segala khabar tentang kelajuan dan kemudahannya dihampakan dengan kelemahan kawasan liputan dan kekuatan signal. Dan semua ini hanya datang dari sebuah syarikat. Apa yang telah berlaku dengan tiga syarikat WiMax lain?

Itu bukan sahaja berita buruknya. Sebenarnya, semua rangkaian ini bukan 4G sebenar. Saya telah menemui banyak laporan online yang mendedahkan situasi sebenar tentang rangkaian 4G bukan sahaja di Malaysia malah di AS. Untuk diklasifikasikan sebagai rangkaian 4G, rangkaian tersebut perlu memenuhi piawaian IMT-Advanced yang ditetapkan oleh The International Telecommunication Union. Secara teorinya, 4G sebenar boleh mencecah kelajuan satu gigabit sesaat untuk wireless LAN dan 100Mbps untuk aplikasi mudah alih.

Saya sedar masih awal untuk mengkritik rangkaian 4G di Malaysia. Beberapa syarikat masih menjalankan ujian dan sebagai pengguna kita hanya boleh berharap agar perkhidmatan berkualiti dengan harga yang berpatutan dapat disediakan.

Saya sebenarnya tidak sabar melihat teknologi 4G berkembang di Malaysia. Tetapi sehingga teknologi baru ini diadaptasikan secara keseluruhan dan dengan efektif, kita sebagai pengguna harus peka dengan perkembangan teknologi ini di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: