MAAL HIJRAH

Perayaan tahun ini bertema ‘1Malaysia, 1Ummah’ dan telah dihadiri kira-kira 4,000 umat Islam dari seluruh negara selain anggota Kabinet dan wakil kedutaan asing di sini.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1432H/2010. Ini adalah kali pertama seorang wanita diberi penghormatan itu.

Perayaan ini mengingatkan kita bahwa untuk mencapai perpaduan yang diidamkan bukannya mudah dan semua pihak harus memainkan peranan serta membuktikan keikhlasan bagi mencapai tujuan itu.

Peristiwa hijrah itu membawa perubahan dan transformasi positif pada sikap dan cara hidup umat Islam selain menggambarkan perlunya pengorbanan serta usaha gigih dalam mencapai kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Umat Islam perlu mengambil contoh golongan Muhajirin dan Ansar yang sanggup mengorbankan kepentingan sendiri demi Islam.

Semua pengajaran ini akan tinggal sejarah jika kita terus leka dan hanya berbangga dengan pencapaian umat terdahulu sedangkan kita sendiri tidak pernah berubah untuk mencapai kejayaan.

Semangat perpaduan ini jelas dalam Piagam Madinah di bawah kepimpinan negara diterajui Rasulullah, yang memberi kebebasan beragama serta hak asasi manusia dan pada masa sama, menekankan soal perpaduan, peranan dan tanggungjawab sebagai warga negara serta hubungan dengan pihak luar.

Ini memperlihatkan sikap Islam dalam menjaga keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, sekali gus membuktikan ajaran Islam memang sesuai untuk persekitaran majmuk meliputi pelbagai kaum, budaya serta agama diMalaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: