SUAMI ISTERI BUKA KEDAI SEWA BUKU

Bermula dengan minat mendalam untuk membaca serta mengumpul novel, pasangan suami isteri diSeremban, Khairul Azman Abd Rahman, 40, dan Balqis Danial, 39, sanggup berkongsi ribuan novel dimiliki bersama orang ramai dengan menyewakannya pada kadar murah tanpa had masa.

Memiliki perniagaan sewa novel sejak tiga tahun lalu, pasangan itu menawarkan lebih 2,000 naskhah karya penulis tempatan untuk membantu peminat terutama golongan suri rumah membacanya pada harga serendah RM4.
Khairul berkata, idea itu diperoleh melalui perbualan bersama seorang pelanggan ketika dia menjual novel yang dikumpul isteri pada satu karnival yang disertai beberapa tahun lalu.
“Pada awalnya, isteri bersetuju menjualnya separuh harga kerana rumah dipenuhi ribuan novel, tetapi seorang pelanggan mencadangkan supaya kami menyewakannya berbanding menjual demi menghargai nilai karya sastera,” katanya.

Katanya, antara novel ditawarkan termasuk karya penulis terkenal, Norhayati Ibrahim, Fauziah Ashari, Sharifah Abu Salem dan Ramlee Awang Murshid.

Katanya, bahan bacaan yang paling digemari peminjam adalah novel edisi terhad karya Amaruszati Noor Rahim yang hanya menghasilkan satu novel di pasaran berjudul Bila Sena Kembali Berbunga.

Sehingga kini, katanya, terdapat 300 orang ahli berdaftar sebagai peminjam di kedainya daripada pelbagai latar belakang termasuk suri rumah, pensyarah, jurutera, guru, pesara, pegawai kerajaan dan pelajar.
Katanya walaupun keuntungan diperoleh tidak seberapa, tetapi kepuasan menyewakan novel pada peminat mendorong Khairul memperluaskan lagi perniagaan pada masa depan.

“Kami tidak begitu mementingkan keuntungan, tetapi sambutan diterima amat menggalakkan, sekali gus ia dapat menyemai minat membaca.

“Ini kerana menerusi pembacaan novel juga, banyak pengajaran boleh diperoleh secara tidak langsung,” katanya.

Khairul berkata, dia tidak menolak kemungkinan menjadikan perniagaan sampingan itu sebagai punca rezeki utama jika berlaku kegawatan ekonomi yang boleh menjejaskan kerjayanya ketika ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: