Pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor perlu diteruskan


TAMBAK Johor merentasi Selat Tebrau yang dibina pada 1924 masih digunakan sehingga sekarang.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat negeri ini supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia – Singapura diteruskan.

Pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52, Sultan Ibrahim bertitah, projek tersebut bukan sahaja memberi keselesaan kepada rakyat yang berulang-alik ke Singapura malah memudahkan rakyat negara jiran itu melancong ke negara ini.

“Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin dan berusaha menangani masalah rakyat.

“Namun begitu, masih ada hasrat rakyat Johor yang belum dapat dipenuhi iaitu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor,” titah baginda di Istana Besar di sini semalam.

Bagi kita yang menghadiri perjumpaan bersama Tun Dr Mahathir Mei lalu di Johor Bahru tentu faham tentang hasrat untuk memperjuangkan pembinaan jembatan ini hingga akhir.

2 Responses

  1. PM ada ‘telur’ ke untuk melaksanakan projek ini.Kalaulah tidak kerana bekas PM ‘flip-flop’sudah tentu kita dapat menikmati jambatan bengkok tersebut.Mungkin bukan kerana bekas PM flipflop sahaja yang bersalah tetapi ahli kabinet yang terlibat juga bersalah ..mungkin KJ ‘ the powerful one’boleh ulas?

  2. selepas TDM tiada siapa yg bolih melakukannya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: