Suami hilang ditemui keletihan

Ini ada berita baik yang harus diketahui oleh semua veteran MAYC

Di Kulim, Kedah pada 21 Nov lalu telah diberitakan bahwa kegembiraan menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini bertukar menjadi kenangan paling pahit buat seorang warga emas, Rasul Ali apabila terpaksa berjalan berkaki ayam selama empat hari sejauh kira-kira 40 kilometer gara-gara sesat dan tidak menemui jalan pulang ke rumahnya.

Rasul, 57, yang mengalami masalah ingatan akibat terlibat dalam dua kemalangan jalan raya sebelum ini, dilaporkan hilang selepas keluar ke masjid berhampiran rumahnya di Taman Selasih di sini pada petang raya, 17 November lalu dengan menaiki motosikal tetapi tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, selepas berita kehilangannya disiarkan Utusan Malaysia semalam, Rasul ditemui oleh orang ramai dalam keadaan menyayat hati dengan kesan melecet teruk di kedua-dua belah tapak kaki selain berlumpur seluruh badan dipercayai terjatuh daripada motosikal.

Kita hendaklah berhati-hati kalau mahu keluar rumah. Ada baiknya kalau ada yang menemani. Kalau tidak akan hilanglah berminggu-minggu hingga diketemui di Sungai Golok atau Hatyai dalam keadaan keletihan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: