HARTA MAYC AKAN DIKAVEATKAN

Untuk menggelakkan harta MAYC dipindahkan kepada pihak-pihak yang tidak berkepentingan, tindakan segera akan diambil untuk memasukkan kaveat keatas semua harta MAYC seluruh negara terutama sekali Wisma Belia dan Wisma Tunku di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

KVMM dengan kerjasama MAYC Kebangsaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mempastikan harta MAYC tidak diserahkan kepada mana-mana pihak.

Dalam satu perjumpaan diantara Setiausaha KVMM dan Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan hari ini telah direncanakan langkah-langkah segera untuk menyelamatkan harta MAYC daripada dipindahkan kemana-mana Yayasan, individu dan sebagainya saperti yang sedang diusahakan oleh MAYC Kebangsaan yang terdahulu dari ini.

MAYC Negeri akan seiring dengan KVMM dan MAYC Kebangsaan untuk mempastikan harta MAYC di Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Johor akan tetap kekal atas nama MAYC atau Pemegang Amanahnya.

Kita sedia maklum telah ada banyak usaha untuk memindahkan harta ini dan pihak ini menyangkakan tidak akan ada pihak yang menentangnya. Sama-samalah kita berganding baru untuk menyelamatkan warisan kita ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: