PERANAN SETIAUSAHA AGUNG MAYC

Dalam sejarah MAYC terdapat  lebih ramai penjawat Setiausaha Agung daripada Presiden yang melantik mereka. Ini adalah kerana jawatan penting ini sentiasa diuji. Bukan sahaja oleh Perhimpunan Agung MAYC yang bermesyuarat saban tahun, malah oleh Sang Presiden yang melantik mereka.

Sewaktu Tunku Abdullah menjadi Presiden, Syed Ahmad Idid dilantik Setiausaha Agung (1974). Prestasi pengurusannya amat menonjol sekali sehingga  menggugat kedudukan Presiden itu sendiri.

Maka berlakulah perubahan pucuk pimpinan. Sewaktu Syed Ahmad Idid menjadi Presiden beliau melantik Sanusi Junid menjadi Setiausaha Agung (1976). Kebolehan Sanusi Junid amat ketara sekali. Kemampuannya berucap dikhalayak ramai sungguh memukau dan boleh menggerakkan semangat juang dikalangan ahli MAYC. Mulai dari zaman itulah tahap pemidatoan melonjak sehingga menjadi kriteria setiap pemimpin MAYC itu adalah seorang yang bijak berpidato dan mampu memukau pendengar.

Setiausaha Agung diwaktu itu adalah Rahmah Othman, wanita pertama dan terakhir memegang jawatan tersebut. Oleh kerana mendapat perlantikan  sebagai Timbalan Menteri jawatan Setiausaha Agung diambil alih oleh Taib Wahab (1980). Prestasi kedua tokoh ini adalah sederhana sahaja. Rahmah mempunyai agenda politik,  sementara Taib hanya mahu menjadi karyawan berjaya.

Beliau memegang jawatan ini selama dua penggal sebelum dilantik sebagai Naib Presiden MAYC.

Jawatan ini diambil alih  oleh   Mohd Nazim Yahaya sebelum diserahkan kepada Mohd Yusoff Hamid pada tahun 2004. Nazim memegang jawatan ini dan hampir kesemua pimpinan syarikat kepunyaan MAYC sehingga pertukaran pucuk pimpinan pada tahun 1999.

Apabila Syed Hamid Albar menjadi Presiden  (1999) beliau melantik Sheikh Badar sebagai Setiausaha Agung yang telah berjaya menggagalkan satu percubaan melantik Presiden baru.

Syed Hamid kemudiannya melantik Jamaludin Hj Ahmad  dari Negeri Sembilan sebagai Setiausaha Agung ( 2000) selama satu penggal sahaja. Jawatan ini diambil alih oleh Hj Nuri Mohd Ali  (2003) dari Perak yang hanya bertugas selama sepenggal sahaja (2003). Prestasi Hj Nuri agak hambar sekali.

Pada tahun 2004  Syed Abdul Rahman Kuning dari Trengganu telah dilantik menjadi Setiausaha Agung. Mulai dari tarikh tersebutlah MAYC tidak menggadakan mesyuarat agung tahunannya.

Apabila Akta Belia diluluskan parlimen keperluan untuk mengadakan mesyuarat agung MAYC tidak lagi dirasakan perlu  sehingga menyebabkan berbagai masaalah yang melanda pertubuhan kebangsaan ini hingga sekarang.

Jelaslah dari fakta diatas Setiausaha Agung MAYC boleh  memainkan peranan untuk memajukan pergerakan ini dan disebaleknya boleh menghancurkannya untuk menjaga kepentingan dan  melindungi sesaorang individu.

Setiausaha Agung MAYC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: