BILEK GERAKAN DI NEGERI2 BANJIR

PENDUDUK membantu mencari  dua beradik perempuan Siti Nadia Shukur, 13, dan adiknya, Sharipah, 8, yang dikhuatiri lemas selepas motosikal  dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air di Kampung Telaga Emas, Langgar, di Alor Setar, tengah hari semalam. 

Bilek-bilek gerakan telah ditubuhkan oleh MAYC Kebangsaan di tiga lokasi di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis untuk menjadi pengkalan bantuan kepada penduduk-penduduk yang menjadi korban banjir.
Demikian dinyatakan oleh Ahmad Ansor, Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan selesai pelancaran BANBAN semalam di Auto City, Juru, Pulau Pinang.
Sementara itu kerja-kerja koordinasi sedang giat dijalankan oleh MAYC Wilayah Persekutuan untuk menerima sumbangan bantuan dari masyarakat Kuala Lumpur. Barang-barang bantuan ini akan dihantar ke bilek-bilek gerakan tersebut dengan menggunakan khidmat percuma yang disediakan oleh beberapa pengusaha bas express di Hentian Duta, Kuala Lumpur.
Ahmad Ansor merayu orang ramai untuk memberi sumbangan saperti air mineral, makanan segera, ikan sardin dan apa saja makan yang sudah dibungkus dan disediakan.
Ahmad Ansor boleh dihubungi di talipon no: 016-5189854 sementara penyelaras di Kuala Lumpur ( Azhar) 014-6200212.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: