MESYUARAT JKK VETERAN

Telah selesai diadakan mesyuarat kali ke lima mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kelab Veteran semalam jam 4.30 petang di Mont Kiara, Kuala Lumpur dengan dipengerusikan oleh Tan Sri Sanusi Junid.

Hadir di mesyuarat ini adalah Datuk Mohd Yusoff Hamid, Roslan Zainal Abidin, Maznah Abdullah dan Taib Wahab.

Tidak hadir adalah Datuk Nasir Safar ( demam dan batuk-batuk ) Datuk Rozali Ishak ( kempen di Galas), Datuk Akbar Ali ( kempen di Batu Sapi ) dan Datuk Johar Rusi ( sakit).

Mesyuarat telah menerima kertas  cadangan oleh Ruslan Zainal Abidin untuk mengadakan majlis MALAM SERIBU KENANGAN pada sabtu 1hb Januari 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Sebanyak 100 buah meja dengan harga RM1000 semeja akan dijual untuk semua dermawan dan penyokong Kelab Veteran MAYC. Kelab juga akan menjemput penaja dan dermawan untuk sama-sama hadir dimajlis ini.

Tun Dr Mahathir telah diundang sebagai tetamu khas pada majlis ini yang dijangka akan dihadiri oleh 1000 orang tetamu.

Mesyuarat juga telah bersetuju untuk melancarkan satu konvoi ke MITC Melaka pada sabtu 11hb Disember 2011 jam 11.00 pagi bagi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Senator Datuk Akbar Ali. Majlis ini dijangka akan dihadiri oleh Gabenor Melaka dan Ketua Menteri Melaka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: