Hutang RM27j: MAYC tingkat kegiatan ekonomi

Pada 27 Januari 2002 pernah dilaporkan bahwa MAYC akan mempergiatkan kegiatan ekonominya bagi melangsaikan hutang tertunggak yang ketika itu mencecah kira-kira RM27 juta.

Presidennya pada waktu itu Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, hutang yang tertunggak itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia sudah berlarutan kira-kira 15 tahun terdahulu.

Bagaimanapun katanya, sebagai sebuah badan sukarela, agak sukar pihak MAYC untuk menyelesaikannya dan cuba akan berunding dengan kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Ini kerana katanya, pada masa itu MAYC tidak mampu menjelaskan pinjaman itu kerana pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang berkenaan.

“Pada awalnya, hutang pokok hanya RM9 juta, tetapi kini dah mencapai sehingga RM27 juta,” katanya.

Menurut Syed Hamid, hutang itu terkumpul setelah MAYC membuat pelaburan dengan membina bangunan 12 tingkat yang turut dijadikan hotel, lot perniagaan serta ibu pejabat MAYC yang terletak di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada MAYC akan menjual bangunan untuk melangsaikan hutang tersebut beliau berkata, tindakan itu bukanlah langkah yang baik dan akan cuba berusaha untuk menyelesaikannya.

Lapan tahun kemudian kedudukan kewangan MAYC tidak pernah berubah dan dapat disimpulkan bahwa itu hanyalah omongan kosong sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: