P RAMLEE DALAM KENANGAN

 

Selain dari filem-filemnya yang sentiasa meninggalkan kesan di hati penonton, satu lagi cabang seni yang menjadi medan untuk Seniman Agung Negara, Tan Sri P.Ramlee menyerlahkan bakatnya adalah menerusi bidang muzik.

    Sama ada dari segi nyanyian dan penciptaan lagu, P.Ramlee telah punm membuktikan bakat serta kebolehannya yang sanghat luar biasa. Malah, P Ramlee juga boleh menyanyi, bermain muzik, mencipta lagu, dan menyusun/mengarah muzik.

    Karya muzik P.Ramlee merangkumi pelbagai aspek irama dan genre yang ada. Tidak kisah sama ada lagu itu adalah dendangannya sendiri atau hasil nyanyian penyanyi lain, lagu-lagunya sentiasa kedengaran kreatif dan segar.

    Daripada lagu berbentuk perayaan seperti Selamat Hari Raya dendangan Ahmad Jais, lagu islamik seperti Rukun Islam, lagu Joget Malaysia yang menerapkan unsur patriotik, lagu kerakyatan seperti Joget Si Pinang Muda, semuanya telah dieksperimentasikan oleh P.Ramlee.

    Karya P.Ramlee tidak bosan untuk kita mendengarnya, bahkan indah kedengaran di telinga kita. Pembawaan suaranya menggema merdu, lagu-lagunya membawa irama manis. Menjadi nyanyian dan siulan umum. Terkenalnya lagu-lagu itu bertambah terpuja nama P.Ramlee sebagai bintang filem dan sebagai biduan.

    Tidak mustahil sehingga ke hari ini pelbagai versi nyanyian semula telah dihasilkan. Namun, tetap versi asli juga yang menjadi pilihan pendengar kerana mungkin keaslian suara atau susunan muzik itu yang meninggalkan kesan mendalam.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: