REAKSI BAJET 2011

Berikutan dengan pembentangan bajet 2011 Jumaat lepas ramai berharap kerajaan dapat memberi perhatian dan penjelasan, serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara-perkara berikut:

1. Bantuan dan penambahbaikan sekolah-sekolah kebangsaan di luar bandar dalam konteks pembangunan sumber manusia bagi menyokong ETP tidak disebut dengan jelas dalam belanjawan kali ini.

2. Keperluan untuk membina satu bangunan pencakar langit 100-tingkat berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak berapa jelas justifikasinya. Kawasan Lembah Klang kini mempunyai bekalan ruang pejabat dan kediaman yang berlebihan. Masalah ini dijangka akan berterusan sehingga menyebabkan letusan gelembung hartanah (property bubble burst) menjelang pertengahan 2011.

3. Pihak kerajaan atau EPF perlu memberi justifikasi kenapa wang simpanan rakyat dianggap sesuai untuk digunakan bagi projek pembangunan tanah kepunyaan Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh yang akan dibiayai oleh EPF sebanyak RM10 billion untuk tempoh 15 tahun.

4. Pihak EPF akan meningkatkan pelaburan luar negara dari 7% ke 20% dari jumlah aset yang diuruskan. Konsensus Bebas melihat ini sebagai satu risiko yang melibatkan wang rakyat diguna untuk membangunkan ekonomi luar sedangkan ekonomi negara lebih memerlukan sebarang bentuk pelaburan.

5. Tidak menolak kebaikan ‘private-public partnership’. Bagaimanapun kerajaan mestilah berhati-hati melaksanakan projek yang memakan belanja besar. Sungguhpun projek-projek ini dikatakan akan ditanggung oleh sektor swasta, kita berharap kesilapan dan pengajaran dari projek infrastruktur pengangkutan yang lepas seperti LRT, monorail dan ERL yang tidak berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur digunakan sebagai panduan oleh pihak kerajaan dalam memberi kelulusan.

Di samping itu, meskipun projek ini akan dibiayai dan dilaksanakan oleh syarikat swasta, ketelusan tidak boleh diabaikan. Kita berharap projek-projek besar seperti MRT akan diberi melalui sistem tender terbuka dan projek-projek ditawarkan kepada syarikat yang mengutamakan kepentingan dan keselamatan rakyat (the interests and safety of the rakyat).

Kita juga berharap Belanjawan 2011 akan dilaksanakan dengan cekap dan mencapai hasrat yang diinginkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: