SYED HAMID SEDIA UNDUR SEJAK 2005

( 18 DISEMBER 2005) Presiden Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC), Datuk Seri Syed Hamid Albar sedia berundur dari menerajui persatuan itu sejajar dengan penggubalan Akta Pertubuhan Belia tidak lama lagi.

Beliau yang memimpin persatuan belia tertua di Malaysia itu sejak 1999 menegaskan, kepimpinan golongan muda perlu diberi peluang untuk menjadi tunjang kepada `survival’ MAYC pada masa depan.

Masalahnya sebelum ini ada pemimpin yang menerajui pertubuhan belia sampai 20 tahun, walaupun tiada sekatan, orang muda akan berasa segan untuk menonjolkan diri.

“Sebab itu saya kata kita perlu sokong akta ini, saya juga akan berundur dan saya percaya suatu hari nanti MAYC akan dipimpin sepenuhnya oleh golongan muda,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung MAYC Selangor di Wisma Belia, di sini hari ini.

Dalam mesyuarat itu, Timbalan Pengerusi MAYC Selangor dipilih menjadi pengerusi baru pertubuhan itu menggantikan Datuk Saidin Adam yang menarik diri bagi memberi peluang kepada kepimpinan muda.

Mesyuarat itu turut mengesahkan pelantikan Abdullah Sani Mat Jam sebagai Timbalan Pengerusi manakala Datin Norijan Ahmad dan Abd. Halim Udin dilantik sebagai Naib Pengerusi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pada 21 Mei lalu mengumumkan umur pemimpin belia mungkin dihadkan kepada 40 tahun ke bawah dalam Akta Pembangunan Belia yang akan dibentang di Parlimen tidak lama lagi.

Menurut Azalina, beliau telah mengarahkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia mengkaji kesesuaian umur bagi pemimpin persatuan belia dimasukkan dalam akta baru itu.

Syed Hamid menambah, “MAYC sedang merancang bagi menentukan peralihan kuasa kepimpinan veteran kepada golongan muda berjalan lancar sehingga pertubuhan itu dipimpin sepenuhnya oleh golongan muda suatu hari nanti.”

“Setakat ini saya berpuas hati apabila 90 peratus pemimpin MAYC di peringkat kelab adalah golongan muda bawah 40 tahun dan ini juga secara beransur-ansur berlaku di MACY peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, tujuh daripada 25 kerusi ahli jawatankuasa tertinggi MAYC di peringkat kebangsaan sudah dibarisi oleh pemimpin muda dan proses peralihan itu berlaku dalam keadaan yang baik.

Katanya, meskipun negara perlu memberi peluang kepada golongan muda menunjukkan bakat kepimpinan, namun ia tidak bermaksud bahawa pandangan dan pengalaman golongan berusia perlu disisihkan.

“Dalam apa jua keadaan, orang lama tidak boleh disisihkan, mereka ini berpengalaman dan golongan muda perlu belajar dari mereka untuk betul-betul jadi pemimpin yang baik,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: