SEPULUH TAHUN LALU

Oleh: AKMAR HISHAM MOKHLES
13 Oktober 2000

RIBUT perebutan jawatan Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) nampaknya semakin hebat.

Datuk Seri Syed Hamid Albar yang Isnin lalu diumumkan menang tanpa bertanding jawatan tersebut masih belum boleh menarik nafas lega apabila penyandang jawatan, Tan Sri Sanusi Junid tidak ‘mengiktiraf’ kemenangan itu.

Bahkan beliau menafikan mahu memberi laluan kepada orang lain untuk menggantikannya.

Menurut Sanusi, Setiausaha Agung MAYC, Sheikh Badar Sheikh Embong yang meletak jawatan semalam seolah-olah ‘mempermainkannya’ apabila mengisytiharkan kemenangan Syed Hamid dengan alasan beliau gagal menyerahkan borang persetujuan pencalonan sehingga 30 September lalu.

Beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai borang berkenaan memandangkan mesyuarat agung persatuan masih belum diputuskan lagi.

Bagaimanapun, Sheikh Badar memberitahu borang itu telah dihantar kepada Sanusi pada 20 April lalu lagi.

Perkembangan terbaru itu sudah tentu mengejutkan banyak pihak di saat bekas Menteri Besar Kedah tersebut digembar-gemburkan mahu mengotakan janjinya untuk berundur.

Apa pun, keadaan yang ada kini nyata semakin menghangatkan lagi bahang sengit persaingan jawatan nombor satu MAYC.

Tambahan pula, sebelum ini pun telah banyak pihak meramalkan perebutan tersebut akan berakhir dengan keputusan sengit ekoran kempen hebat yang dilancarkan oleh penyokong kedua-dua pemimpin berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Bahang kempen tersebut begitu dirasai oleh pemimpin MAYC di peringkat negeri sehingga ada yang bimbang persatuan tersebut akan terjerumus ke lembah kehancuran.

Ini ekoran telah ada antara pemimpin persatuan yang mula bersikap berpuak-puak demi memastikan calon tajaan mereka menang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: