Pembunuh perjuangan belia berpersatuan

oleh SHAMSUL AZREE SAMSHIR

KRISIS kepemimpinan organisasi belia negara ini bukan perkara baru. Ia antara lain pernah melanda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
dan Gerakan Belia 4B Malaysia.

Terbaru, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) juga kecoh dengan ‘perebutan kuasa’.

mendapatkan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee untuk mengulas isu ini.

KRISIS kepemimpinan MAYC nampaknya berlanjutan apabila bekas presidennya, Tan Sri Syed Hamid Albar mendakwa pelantikan Akhramsyah Sanusi sebagai presiden dan jawatankuasa baru pada mesyuarat agung tahunan (AGM) 31 Julai lalu tidak sah.

Perkembangan terbaru ini menampakkan kepincangan dalam pertubuhan belia, malah mengaburi matlamat asal penubuhannya untuk membela nasib ahli sedangkan organisasi sendiri berantakan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengulas: “Sebagai Presiden MBM, saya menyedari kemelut yang berlaku dalam pemilihan MAYC kini menjadi perhatian umum.”

” Namun, saya beranggapan ia suatu kelaziman yang kadangkala tidak dapat dielak dalam proses pemilihan sesuatu organisasi. Apa yang lebih penting, kini MAYC mampu menjalankan tanggungjawabnya iaitu mengadakan mesyuarat agung tahunan.”

Tambahnya, ini menunjukkan ahli khususnya pemimpin MAYC pada peringkat negeri dan cawangan masih meyakini serta memberi harapan kepada pertubuhan itu.

Mengenai proses pemilihan yang diadakan sebelum ini, beliau meletakkan sepenuh keyakinan dan kepercayaan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia untuk membuat keputusan.

Suara ahli MAYC harus didengar berlandaskan peruntukan perlembagaan pertubuhan.

Sebagai badan induk, MBM menghormati segala keputusan serta tindakan diambil MAYC. Kini masa untuk pemimpin MAYC mencari titik pertemuan bagi persoalan yang menjadi perbezaan pandangan. Semua pihak khususnya pemimpin lama dan baru MAYC ada kesedaran serta kematangan untuk menyelesaikan masalah mengikut pemahaman kekeluargaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: