AKHRAMSYAH SANUSI DI ASTRO AWANI

Presiden MAYC Kebangsaan Akhramsyah Sanusi telah muncul di Astro Awani malam tadi untuk diwawancara oleh pengacara terkenal Suhaimi Sulaiman mengenai bajet yang akan dibentangkan hari ini.

Sungguh pun tidak dinyatakan bahwa beliau Presiden MAYC, kebanyakan penonton tahu bahwa beliau bukan sahaja Penulis dan Penganalisa tetapi juga ketua pergerakan belia terbesar diMalaysia. Pembawakan beliau, dengan berpakaian kemeja resmi MAYC cukup jelas membuktikan kepada kita bahwa beliau adalah seratus peratus Presiden MAYC yang sah.

Yang lainnya adalah celup dan boneka semata-mata.

Dalam perbincangan malam tadi Akhramsyah berjaya menyampaikan pesan bahwa bajet yang dibentangkan tiap-tiap tahun itu tidak bermakna langsung kepada negara sekiranya tidak mesra rakyat.

Beliau berharap bajet tahun ini akan memberi tumpuan kepada membela nasib pengusaha SME yang merupakan 90 peratus dari industri yang ada sekarang.

Untuk memberikan lonjakan kepada pembangunan SME ini Kerajaan perlu mengambil kira berbagai insentif baru selain dari yang sedia ada.

Akhramsyah juga telah menyentuh tentang perlu diteruskan usaha “capacity building” disemua perengkat ekonomi negara termasuk bidang pelancongan.

Tindak balas yang diterima melalui sms tadi malam rata-rata amat berpuas hati dan berbangga diatas kebolehan Akhramsyah mengupas bajet negara.

Ini pesanan Akramsyah kepada semua anggota MAYC sebelum diwawancara di Astro Awani :

Salam teman-teman sekalian. Pada hari Isnin kita berjaya membawa persoalan tentang MAYC ke muka Utusan Malaysia. Tan Sri Syed Hamid sendiri terancam hingga menuduh bertalu-talu pada esok harinya. Respond kita ke Utusan Malaysia mungkin terhalang, namun suara kita tidak hilang. Malam ini saya telah dijemput berhujjah tentang “bajet marhain” di Astro Awani pada 8.15 malam. Saya memohon bantuan sumbangan ide dari sdr/sdri supaya aspirasi belia marhain diluahkan dari lidah harimau MAYC yang sah. Terima kasih. Akhram “


Syabas Akhram. Semoga JKK MAYC Kebangsaan dibawah pimpinan beliau juga berkaliber yang sama dan mampu berdebat dengan sesiapapun termasuk bekas menteri kabinet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: