KENYATAAN AKHBAR MAYC KEBANGSAAN

SEBAGAI REAKSI KENYATAAN TANSRI SYED HAMID ALBAR DALAM BERITA UTUSAN MALAYSIA, 12 OKTOBER, 2010 BERTAJUK AKHRAMSYAH BUAT FITNAH, BOHONG

Saya, Abdul Karim bin Mohamad, Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan membuat kenytaan media seperti berikut.

1. Tan Sri Syed Hamid menyatakan dalam kenyataan medianya, bahawa segala tuduhan serta dakwaan Akhramsyah Muamar Ubaidah kepadanya berhubung isu pemindahan harta MAYC “merupakan satu bentuk fitnah serta pembohongan besar yang sengaja dilakukan”.

2. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Syed Hamid tidak boleh membuat penafian kosong di media bahawa beliau dan bekas kepimpinannya, tidak pernah terlibat dalam isu pemindahan harta MAYC kepada Yayasan MAYC atau apajua entiti lain.

3. Ini adalah kerana bekas Setiausaha Agung MAYC di bawah kepimpinannya, Syed Abd Rahman bin Tuan Kuning, berkali-kali menyebut bahawa harta MAYC perlu dipindahkan kepada Yayasan MAYC, sebagai alasan yang diberikan olehnya apabila ahli-ahli bertanya “bilakah nak adakan Mesyuarat Agung”.

4. Oleh yang demikian, pihak kami mempunyai keyakinan bahawa usaha memindahkan harta MAYC kepada Yayasan sudah pastilah dilakukan pada Mesyuarat Agung yang mereka jalankan.

5. Secara teknikalnya, meskipun ianya tidak dilafazkan secara tersurat di dalam AGM, tiada siapa boleh menghalang jika “AGENDA itu” diminitkan secara bertulis. Kita tidak akan mengetahuinya tetapi mereka boleh melakukannya kerana mereka mempunyai niat dan hasrat untuk memindahkan harta MAYC.

6. Jika Tan Sri Syed Hamid jujur dan ikhlas dalam kenyataannya di media seperti berikut:-

“Saya telah menerajui MAYC sejak sekian lama dan dalam tempoh itu tidak terdetik di hati saya untuk mengambil atau makan wang MAYC sebaliknya wang saya yang digunakan untuk MAYC”
“Bagi saya MAYC adalah amanah dan saya bertanggungjawab untuk menjaganya sepanjang saya diberi kepercayaan menjadi Presiden.”
Maka, kami meminta Tan Sri Syed Hamid mahupun bekas kepimpinannya membuat akuan bersumpah, TIDAK AKAN MEMINDAH HARTA MAYC KEPADA YAYASAN MAYC atau apajua entiti lain SEBAGAI MEMBUKTIKAN KEBENARAN dalam kata-katanya.

7. Ini adalah amat penting supaya semua ahli MAYC menjadi jelas bahawa harta MAYC tidak dipindahkan kepada Yayasan MAYC atau apa jua entiti lain. Dalam ertikata lain, Kompleks MAYC, Wisma Belia dan semua harta dan liabiliti MAYC akan terus kekal menjadi milik pertubuhan.

8. Kami bagi pihak Jawatankuasa MAYC Kebangsaan yakin sepenuhnya dengan apa yang dilafazkan oleh Presiden MAYC, Sdr. Akhramsyah Muammar Ubaidah sebagai benar dan berasas sehinggalah ianya dibuktikan sebaliknya oleh Tan Sri Syed Hamid mahupun sesiapa sahaja di kalangan bekas pimpinannya.

9. Dan jika Tan Sri Syed Hamid dapat bertegas menyatakan apa yang dia katakan itu benar (maknanya harta MAYC tidak dipindahkan), maka kami barisan Jawatankuasa MAYC Kebangsaan dengan disertai beratus ahli di kalangan kelab belia di seluruh Negara akan datang ke Kompleks MAYC dan Wisma Belia untuk mengambil pentadbirannya secara sah.

10. Kami berharap juga Tan Sri Syed Hamid tidak lagi ikut campur soal pertubuhan MAYC dan kita minta beliau tidak lagi mengulas apa-apa di media kerana beliau bukan lagi berstatus belia.

11. Kami tidak akan membuat Laporan Polis tentang isu pemindahan harta MAYC kerana pihak PDRM bukanlah badan penguatkuasa kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Bagaimanapun, Jawatankuasa MAYC Kebangsaan juga sedang menyiapkan satu laporan lengkap tentang salah guna, salah urus dan penyelewengan harta MAYC oleh Tan Sri Syed Hamid dan barisan kepimpinannya kepada Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Menteri Belia dan Sukan. Ini adalah kerana Akta 668 memberikan peruntukan kepada pihak Menteri dan orang-orang yang dilantik olehnya untuk menyiasat isu atau apajua masalah yang berkaitan dengan pertubuhan belia dan bukannya pihak polis.

ABDUL KARIM BIN MOHAMAD
Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan

Merangkap
Naib Presiden MBM
Timbalan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu
Pengerusi MAYC Negeri Terengganu
Bekas EXCO MAYC Kebangsaan (Sessi 2005-2007)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: