PEMINDAHAN HARTA MAYC MENCURIGAKAN

Oleh TERMIZI CHE ANUAR

Kepimpinan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) hari ini melahirkan rasa curiga terhadap usaha bekas Presidennya, Tan Sri Syed Hamid Albar yang memindahkan harta dan liabiliti MAYC kepada Yayasan MAYC – yang didaftar sebagai syarikat pada awal tahun 1990-an.

Presiden MAYC, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi berkata, pemindahan harta MAYC kepada yayasan itu yang dibuat pada 26 September lalu akan menyaksikan aset bernilai berjuta-juta ringgit itu terus kekal di bawah kuasa Syed Hamid.

“Lebih membingungkan lagi, saya diberitahu bahawa keahlian yayasan tersebut akan dibuat secara terbuka sedangkan ia bukanlah persatuan apatah lagi apabila didaftarkan sebagai syarikat.

“Jadi keputusan menghidupkan semula sesebuah yayasan harus diperjelaskan secara terperinci termasuk mengenai pemegang amanah, penerima manfaat dan sebagainya bukan dilakukan secara terburu-buru,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis rumah terbuka anjuran MAYC di kediamannya di sini hari ini.

Akhramsyah juga memberitahu, seharusnya perpindahan harta dan liabiliti tersebut perlu dipersetujui melalui mesyuarat agung tahunan (AGM).

Sementara itu, Setiausaha Agung MAYC, Ahmad Ansor Muhd. Rivai Batubara berkata, hanya segelintir ahli sahaja yang dipanggil untuk menghadiri AGM tersebut seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu.

“Kenapa ahli MAYC yang terdiri daripada golongan korporat dan profesional tidak dipanggil ke AGM tersebut?

“Saya lihat ini satu pencabulan hak dan perlu diambil tindakan yang tegas bagi mengelakkan salah guna kuasa ke atas harta MAYC kelak,’’ tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: