SURAT BANTAHAN AGM 26 SEPTEMBER 2010

BANTAHAN  terhadap mesyuarat agung  2010 yang  diadakan pada 26 September 2010 sudah mula di hantar oleh Pengerusi atau Setiausaha Negeri kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Mereka dengan sekeras-kerasnya membantah mesyuarat diadakan yang berdasarkan suatu ” Notis Panggilan Mesyuarat”  yang ditandatangi oleh Tuan Syed Abd Rahman yang mereka tidak terima notis jemputan mesyuarat tersebut. Mereka juga tidak diedarkan dengan Laporan Audit Tahunan.

Tidak ada Mesyuarat Jawatankuasa MAYC Kebangsaan Yang Sah yang membuat keputusan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan teresbut.

Segelitir mereka di Ibu Pejabat  bertindak sebagai Jawatankuasa MAYC Kebangsaan yang memanggil dan mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan pada 26/09/2010 BUKANLAH Jawatankuasa MAYC Kebangsaan Yang Sah menurut Perlembagaan MAYC.

Kali terakhir MAYC mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya ialah pada tahun 2005. Menurut Fasal 18 Perlembagaan MAYC, kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan MAYC kepada seseorang yang dipilih dan/atau dilantik untuk apa jua jawatan oleh Mesyuarat Agung Tahunannya hanyalah untuk tempoh dua tahun sahaja.

Secara perlembagaannya, kuasa yang diberikan itu berakhir pada sebarang masa yang material pada tahun 2007. Oleh yang demikian MAYC Kebangsaan, selepas tarikh yang tersebut TIDAK LAGI mempunyai Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan Penolongnya, Bendahari Kehormat dan Ahli-ahli Jawatankuasa.

Komposisi Jawatankuasa Kebangsaan yang hanya wujud pada sebarang masa selepas tahun 2007 hanyalah Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri.

Oleh yang demikian, MAKSUD FASAL 13.3 PERLEMBAGAAN MAYC adalah semasa ketiadaan Mesyuarat Agung, Pengurusan MAYC adalah tertakluk kepada Jawatankuasa TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN–PERUNTUKAN DI DALAM PERLEMBAGAAN.

Istilah Jawatankuasa di dalam Fasal di atas merujuk kepada komposisi yang dinyatakan oleh Fasal 22.1 Perlembagaan MAYC. Hendaklah dibaca Fasal 18.3 secara serentak dengan Fasal 22.1 dan Fasal 13.3 di atas dan juga hendaklah diambil kira tarikh terakhir Mesyuarat Agung MAYC Kebangsaan pada sebarang masa tahun 2007. Maka komposisi Jawatankuasa Kebangsaan yang hanya wujud pada sebarang masa selepas tahun 2007 HANYALAH komposisi yang dinyatakan oleh Fasal 22.1.9 iaitu Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri.

Telah diperjelaskan bahawa maksud istilah Jawatankuasa yang terkandung dalam Fasal 13.3 ialah Pengerusi-pengerusi MAYC Negeri.

Adalah amat diragui kesahihan perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 26/09/2010. kerana mereka adalah anak-anak sekolah yang masih lagi menuntut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: