AGM 26 SEPTEMBER TIDAK SAH

Surat-surat bantahan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dengan salinan kepada pihak-pihak yang berwajib sedang dalam proses dihantar untuk menyatakan sangsinya mesyuarat Agung yang telah diadakan pada 26hb September lalu.

MAYC Negeri yang berkenaan telah menyatakan keresahan mereka yang antara lain adalah seperti berikut:-

1. Difahamkan bahawa “Mesyuarat Agung Tahunan” yang diadakan pada 26/09/2010 hanya memanggil ahli-ahli yang tertentu sahaja dan turut dihadiri oleh bukan perwakilan MAYC yang sah.

2. Telah disahkan bahawa tiada jemputan hadir Mesyuarat kepada majoriti ahli MAYC melebihi 200 kelab MAYC berdaftar. Kepimpinan MAYC Negeri dan MAYC Kawasan secara majoritinya juga turut tidak dipanggil.

3. Ini ialah suatu manifestasi anti-demokrasi yang cuba ditunjukkan kepada masyarakat khususnya golongan belia. Dan sikap sebegini amat ditentang oleh Perlembagaan Persekutuan.

4. “Mesyuarat Agung Tahunan” yang hanya memanggil “ahli terpilih (selected members)” sudah pasti akan difahami sebagai “ada sesuatu yang ingin diselindungkan” atau mempunyai tujuan-tujuan yang berniat jahat (malafide).

Justeru itu mereka bukan sahaja mempunyai tanggungjawab sosial malah ia sebenarnya suatu tanggung jawab legal untuk menolak sebarang usaha yang cuba mengelirukan ahli-ahli MAYC, khususnya para belia di seluruh Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: