Pindah RM1juta Mengelirukan

Krisis dalaman Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) terus bergolak apabila Presidennya, Akhramsyah Sanusi mendakwa cadangan memindahkan RM1 juta dari tabung MAYC ke Yayasan MAYC pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kedua, 26 September lalu yang sudah diluluskan, adalah mengeliru dan mencurigakan.

Akhramsyah, berkata ini kerana keputusan pada AGM itu yang mengatakan semua ahli MAYC boleh menjadi ahli yayasan berkenaan sedangkan penubuhan awalnya adalah sebagai syarikat yang sepatutnya tidak mempunyai ahli di dalamnya. “Ia (syarikat) bukan seperti koperasi atau pertubuhan. Yayasan memegang amanah atau bertindak sebagai syarikat, bergantung kepada akta yang ia ditubuhkan. Ia timbulkan kekeliruan dan menampakkan keputusan yang mencurigakan berlaku,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Akhramsyah berkata, pihaknya bersedia dan berfikiran terbuka untuk duduk semeja dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan isu yayasan itu supaya tidak menimbulkan kekeliruan terutama kepada ahli kelab gabungan terbabit.

Krisis kepemimpinan MAYC tercetus apabila bekas Presidennya, Tan Sri Syed Hamid Albar mendakwa pelantikan Akhramsyah sebagai presiden dan jawatankuasa baru pada AGM 31 Julai lalu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan MAYC dan gagal mematuhi arahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sehubungan itu, dalam AGM yang diadakan pada 26 September, lebih 330 perwakilan memilih Mustaffa sebagai Presiden MAYC dan Azman Abdullah sebagai Timbalan Presiden.

Berita Minggu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: