TREND YANG MEMBIMBANGKAN

Mesyuarat Agung yang diadakan 26hb September lalu adalah satu trend dalam MAYC yang amat membimbangkan. Dengan hanya dipelupuri oleh dua orang manusia, satu pertubuhan belia yang berusia lebih 56 tahun telah melalui satu detik hitam dalam sejarahnya.

Satu mesyuarat yang korumnya mencurigakan telah diadakan dengan dihadiri sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dato Mohid Mohamed sebagai tanda Kementerian menyokong ianya diadakan dan sekali gus melanggarkan Akta Belia yang Kementeriannya sendiri  menjadi badan kawalselia.

Sungguhpun “backdrop” pentas mesyuarat jelas tertulis nama Dato Ahmad Shabery Cheek sebagai meresmikan mesyuarat agung tersebut, ini adalah satu penipuan yang amat jelas. Malah Syed Rahman telah mewarwarkan acara ini dengan menggunakan nama Menteri dan Timbalan Menteri sebagai akan hadir di mesyuarat tersebut.

Maka bertanyalah kita, apakah kehadiran mereka akan menghalalkan sesuatu yang jelas haram.

Azmi Azilan telah menghantar sms kepada Tan Sri Syed Hamid Albar yang berbunyi ” YB Tan Sri, saya sebagai Jawatankuasa MAYC 2005 merasa amat dukacita tidak menerima sebarang notis atau info berkaitan dengan Mesyuarat Agung yang dikatakan akan dijalankan pada 26 September. Saya harap integriti dalam MAYC akan dipertahankan demi perjuangan belia yang tulen.”

Yang anehnya Mustafa Mat Aroff bukan Mustafa Maarof telah ditunjuk oleh ode lama untuk menjadi Presiden yang baru dan direstui Tan Sri Syed Hamid sebagai mengganti beliau. Yang aneh sekali Mustafa pernah dipecat oleh MAYC kerana tidak dapat menjalakan tugasnya sebagai Setiausaha Kerja MAYC. Apakah orang yang tidak berupaya menjadi Setiausaka Kerja boleh menjadi Presiden pertubuhan belia kebangsaan. Menjadi pengerusi kelab belum tentu lagi.

Ini merupakan kali kedua hal ini berlaku selepas percubaan kali pertama pada tahun 2005 yang gagal dengan insiden jerit menjerit, tumbuk menumbuk dan telah menjadi kes polis yang berakhir di mahkamah.

Inilah trend yang amat membimbangkan bukan sahaja dalam MAYC tetapi juga akan merebak kepada pertubuhan belia yang lain jika Pendaftar Pertubuhan Belia Dato Sa’don bin Suraji tidak berwibawa dan bertindak ala “flip-flop” serta menyebelahi pihak yang melakukan pelanggaran HAB, bukan HAM.

KVMM yakin kontroversi ini baru sahaja bermula dan berbagai-bagai tindakan susulan akan diambil oleh kedua-dua belah pihak. Apakah MAYC akan mengalami nasib serupa saperti UMNO sewaktu ianya diharamkan sama-sama kita yang tua-tua ini saksikan dan berdoa agar Allah swt membuka hati semua pihak yang terlibat.

3 Responses

  1. Mengarut.. Saya difahamkan Dtk Shabery Cheek yang pilih tarikh 26 Sept utk merasmikan. tetapi dia terpaksa ke london bersama Agong. Sedangkan persiapan dah dibuat, YB Menteri mewakilkan kepada KSU. YB Timb Menteri, Dtk Razali jugak tidak dpt hadir kerana terlbat dgn program di UMNO Bahagian Muar. Jadi, sebagai orang tua dan berpengalaman, saya rasa elok rehat2 saja. jgn campur hal org2 muda ni. apatah lagi menyokong sebelah pihak saja. TS Sanusi memang pandai berpolitik, tetapi jgn jadikan MAYC sebagai alat politik utk menjulang anak kesayangannya itu. insaf pak cik..

  2. Setahu saya ni kes bapak nak naikkkan anak dan ada bergaduh dengan Syed Hamid Albar. Selesailah cara org tua janganlah campur urusan budak2.

  3. Secara realistik , tidak ada sesiapa yang berkaliber seperti saudara Akhramsyah .. berbagai bagai program yang telah dijalankan oleh saudara Akhram semasa beliau menerajui MAYC… dah ada AGM di bulan Julai kenapa pulak nak diadakan AGM sekali lagi pada bulan Sept .. dan siapa yang hadir di AGM tersebut ???..pelajar PLKN ???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: