TITEK HITAM PERGERAKAN MAYC

Ahad 26 September 2010 harus diingat oleh semua yang berjuang dalam gagasan MAYC Kebangsaan. Tarikh ini adalah permulaan perpecahan didalam MAYC yang ditaja oleh Tan Sri Syed Hamid Albar dan Syed Abdul Rahman Kuning  dan harus dijadikan iktibar oleh semua.

Satu mesyuarat agung khusus untuk melantik JKK MAYC Kebangsaan yang baru telah diadakan pagi semalam di Wisma Belia, Kuala Lumpur dan untuk menghalalkan berbagai isu yang telah terwujud sejak AGM tidak diadakan lima tahun berturut-turut.

Isu JKK sebenarnya tidak wujud kerana ianya telah dibentuk oleh JKK lama sebaik-baik sahaja diumumkan Akta Belia yang baru. Begitu juga dengan AGM yang telah pun diadakan dan ditaja oleh Pengerusi-pengerusi Negeri dua bulan yang lalu.

Apabila Kementerian Belia dan Sukan sendiri tidak dapat mengambil sikap yang jelas serta bertindakan “flip-flop” maka timbullah usaha untuk mengadakan satu lagi AGM yang maksudnya dan tujuannya boleh kita ramalkan.

Hadir sama di AGM tersebut adalah KSU Kementerian Belia dan Sukan yang dikirakan mewakili Menteri berkenaan. Apabila timbul hal-hal yang kontroversial saperti ini pegawai awam biasanya menjadi mangsa. Pemimpin politik bersembunyi dan memerhatikan keadaan sehingga puleh dan elok bagi mereka. Selepas itulah baru mereka akan muncul dipihak yang dapat mengatasi yang satu lagi.

Sebelum AGM itu dimulakan seramai 80 orang ahli MAYC yang telah hadir di AGM terdahulu telah berhimpun diperkarangan Wisma Belia untuk berdemo dan menyatakan bantahan mereka kerana tidak dibenarkan hadir di AGM yang dianjurkan sendiri oleh MAYC sedangkan mereka adalah ahli-ahli MAYC. Terdapat yang dibenarkan masuk adalah ramai anak-anak sekolah berumur dalam lingkungan 15 tahun yang dijadikan perwakilan dan “phantom voters” tajaan Syed Abdul Rahman Kuning.

Mereka sempat berjumpa dan bersalaman dengan KSU semasa beliau tiba untuk menyatakan pendirian mereka tentang AGM yang hendak dijalankan itu.  KSU telah mengambil kira bantahan mereka dan akan melakukan sesuatu.

Namun begitu AGM tetap diadakan dan terlantiklah satu JKK baru yang telah disenaraikan oleh ode lama.

Kita bersyukur kerana nama-nama Syed Hamid dan Syed Rahman tidak termasuk dalam senarai tersebut kerana mereka baru sedar bahwa umur mereka sudah jauh melebihi 40 tahun saperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Senarai JKK yang baru dilantik tanpa sebarang pengundian itu jelas terdiri dari belia-belia yang tidak berwibawa dan mempunyai rekod yang meragukan dan pastinya mereka tidak tahu bagaimana akan menghadapi cabaran MAYC dimasa muka.

Jika dibawa mereka ini berdebat secara terbuka dengan JKK MAYC Kebangsaan yang sedia ada, mereka akan dimamah dan disepak terajang dengan mudahnya.

Yang haram tetap haram dan usaha ini akan dilaknati Allah swt.  Kami harap mereka akan bertaubat dan kembali kejalan yang benar.

Kepada Sdr Akramsyah Sanusi dan rakan-rakan JKK Kebangsaan KVMM mengucapkan tahniah kerana telah bersikap sederhana dan bertindak bijak semasa AGM berlangsung semalam. Teruskan perjuangan hingga akhir. Masalah MAYC belum selesai. Yang sudah selesai adalah harga diri dan aset MAYC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: