Dr Mahathir sedih Melayu berpuak 3

Tun Dr Mahathir Mohamad sedih kerana orang Melayu seolah-olah tidak sedar mengenai ancaman dihadapi ketika ada pemimpin yang begitu ghairah untuk menguasai kerajaan.

Bekas Perdana Menteri juga sedih kerana orang Melayu sudah berpecah kepada tiga puak, tetapi tiada satu pun boleh memberikan kelebihan atau mempunyai jumlah peratusan yang boleh memberi kemenangan kepada bangsa itu. “Orang Melayu berpecah sekarang adalah kerana ada yang gila-gila nak jadi Perdana Menteri, tak peduli apa pun… dia sokong semua, semua yang bercorak perkauman,” katanya pada majlis Jemputan Terbuka Perhimpunan Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kelantan dekat Stesen Kereta api Pasir Mas, di sini, semalam.

Hadir sama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Ini kunjungan pertama Dr Mahathir selepas insiden disembur cecair di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, empat tahun lalu.

Dr Mahathir juga tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila ada orang Melayu malu mengaku sebagai Melayu, selain sikap PAS yang menghalalkan semua perkara dilakukan rakan dalam pakatan pembangkang semata-mata mahu mendapat sokongan politik dan sanggup membuat peraturan baru semata-mata sehingga sanggup mengetepikan agama dan bangsa.

Sehubungan itu, Dr Mahathir mahu supaya semua pemimpin parti politik, UMNO, PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta badan bukan kerajaan (NGO), termasuk PERKASA insaf mengenai bahaya dihadapi orang Melayu dan bangsa itu perlu sedar, tidak berpecah belah serta tamak untuk mendapat jawatan sehingga menggadai kepentingan Melayu.

“Sepatutnya orang Melayu bersatu padu dan sokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas (hak) kaum lain, hak kaum lain adalah hak mereka, tetapi hak orang Melayu mesti kekal sebagai hak orang Melayu… ini saja yang kita minta,” katanya.

Sumber tidak resmi menjangkakan kehadiran diperjumpaan tersebut adalah 40,000  orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: