DATO SYED AHMAD IDID 2

Pada tahun 1971 Dato Syed Ahmad telah dipilih sebagai Presiden MAYC ketiga dalam satu pemilihan yang agak senget.

Bersama Sanusi Junid sebagai Setiausaha Agung dan Taib Wahab sebagai Setiausaha Kerja beliau telah melakukan perubuhan yang ketara dalam pergerakan MAYC. Beliau juga mengasaskan slogan Menuju Arah Yang Cemerlang dan memperhebatkan lawatan kelab-kelab gabung seluruh negara serta mengadakan kursus pentadbiran kelab belia.

Dato Syed Ahmad telah dituduh menulis surat layang kepada Ketua Hakim Negara yang mendakwa rasuah membabitkan 12 hakim Malaysia.

Menurut Syed Ahmad, beliau cuma mengemukakan butir-butir tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam badan kehakiman kepada Ketua Hakim, Tun Mohd Eusoff Chin, untuk menyiasat dan jika terdapat sebarang bukti, untuk mendakwa mereka yang terbabit.

Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, mengatakan bahawa keduabelas-duabelas hakim telah disoal oleh pihak berkuasa dan penyiasatan yang dijalankan itu menunjukkan bahawa dakwaan Syed Ahmad adalah “langsung tidak benar dan tidak berasas”.

Bagaimanapun, Tan Sri Abu Talib Othman, bekas Peguam Negara, mengatakan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 4 Jun 2006 bahawa tiada sebarang penyiasatan dilakukan tetapi sebaliknya, yang disiasat ialah Syed Ahmad sendiri.

Disebabkan peristiwa itu, Syed Ahmad telah banyak dirugikan. Selain daripada dipaksa meletakkan jawatannya, beliau juga hilang pencen sungguhpun telah berkhidmat banyak tahun.

Seperti yang sering berlaku dengan orang yang menghadapi keadaan yang mlaang, sesetengah kawan dan kenalan beliau menganggapnya sebagai diperbuat daripada “kaca tak bersinar“.

Dalam waktu yang singkat, Syed Ahmad telah menjadi “Orang Halimunan” (The Invisible Man).

Pada tahun 2000 ketika menghadiri upacara pengebumian Tun Mohamed Suffian Hashim, Syed Ahmad bertemu dengan Mohtar Abdullah, orang yang memaksa beliau meletakkan jawatan. Mohtar Abdullah mengaku bahawa dia dipaksa berbuat demikian kerana adanya “selaras meriam” pada lehernya.

Ketika itu, terdapat juga unsur-unsur yang mendesak supaya Syed Ahmad ditahan di bawah Akta Keselamatan Negara tetapi pihak polis negara enggan berbuat demikian.

Dalam Persidangan Undang-undang Malaysia Ke-12 pada Disember 2003, Syed Ahmad mencadangkan sebuah Suruhanjaya Kehakiman untuk memerhatikan pelantikan, pertukaran, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, dan pemberian ganjaran, serta juga memberikan latihan dan pendidikan lanjutan kepada hakim agar prestasi mereka dapat ditambah baik. Beliau mengemukakan cadangan itu, susulan daripada apa yang telah berlaku kepadanya. Badan Peguam Malaysia kini juga menuntut supaya suruhanjaya tersebut ditubuhkan. Sebenarnya, idea ini bukannya sesuatu idea yang baru kerana suruhanjaya seperti ini telahpun ditubuhkan di Sri Lanka, Thailand, Indonesia, dan Hong Kong.

Beliau sekarang sudah bersara tetapi banyak menghabiskan masanya memberi ceramah dan menulis buku tentang undang-undang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: