DATO SYED AHMAD IDID

Dato Syed Ahmad bin Idid Syed Abdullah adalah Presiden MAYC yang ketika mengambil alih dari Tunku Abdullah pada tahun 1974. Sebelum itu beliau adalah Setiausaha Agung MAYC.

Dilahirkan di Alor Star, Kedah, Kedah pada 12 Jun 1938 Dato Syed Ahmad memulakan kerjayanya pada tahun 1957 sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat. Kemudian pada tahun 1960, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah Kastam di Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia. Selepas menyertai kursus undang-undang di Inns of Courts, London, beliau kembali ke Malaysia dengan ijazah barrister-at-law.

Sebelum menjadi hakim Mahkamah Tinggi Malaysia yang dipaksa meletakkan jawatannya pada 1 Julai 1996 sewaktu mencuba mendedahkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam badan kehakiman Malaysia beliau bertugas sebagai Majistret di Brunei dan beberapa jawatan di sektor swasta selepas itu.

Setelah berlaku pertukaran pimpinan negara pada akhir tahun 2003, beliau dilantik sebagai Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) pada tahun 2004.

Dato Syed Ahmad telah banyak menyumbang kepada pengembangan, pertumbuhan, dan peningkatan profesion pengurusan melalui jawatan-jawatan berikut:

Pengarah Bahagian Undang-Undang, Public Bank Berhad
Presiden Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIPM)
Fellow Institut Bank-Bank Malaysia
Ahli Persatuan Majistret dan Hakim Komanwel
Ahli Persatuan Peguam-peguam Komanwel
Ahli Persatuan Badan Peguam Antarabangsa.

Beliau kini memainkan peranan yang utama dalam pengasasan sistem dan kemampuan penimbangtaraan kelautan di Malaysia. Oleh itu, Institut Kelautan Malaysia dan anggotanya telah menerima banyak faedah daripada keikatan dan dedikasi beliau terhadap pengembangan proses pengikhtisasan dan penciptaan peluang perniagaan.

Disebabkan oleh pencapaiannya dalam bidang pengurusan, Asian Institute of Management (AIM) dan Federation of AIM Alumni Associations (Persekutuan Persatuan Alumni AIM) telah menganugerahkan Syed Ahmad dengan Alumni Achievement Award (Anugerah Pencapaian Alumni) atau Triple A Award (Anugerah A Tigaan) pada tahun 2006.

Anugerah itu diberikan setiap tahun kepada tiga tokoh berdasarkan usaha profesional, keusahawanan, dan pengembangan.

(Kisah ini disambung esok. Editor sakit perut selepas sahur)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: